Friday, December 31, 2010

beberapa detik yang masih tinggal sebelum melangkah ke tahun baru 2011


Masih ada beberapa jam lagi sebelum tahun 2010 meninggalkan kita. Adakah semua azam yang korang listkan awal2 tahun dahulu semuanya tercapai? Jika ditanya pada aku, listY pun aku tak buat, cuma impian untuk genggam segulung (walaupun bukan gulungan yang dapat, lebih kepada buku..hehehe) ijazah tercapai juga pertengahan bulan Ogos yang lalu. Syukur kehadrat-MU.

Paling yang tidak ku sangka tatkala aku terfikir2 kerja apalah yang akan aku lakukan selepas tamat pengajianku, tidak semena2 surat tawaran melanjutkan pengajian aku perolehi. Wah, tidak ku sangka2. sekarang, aku bergelar student kembali, walaupun ramai rakan2 ku yang lain sudah ke alam pekerjaan dan memperoleh pengalaman kerja aku masih di sini, setia dengan UKM. hehehe.

Orang cakap, waktu belajarlah zaman yang paling menyeronokkan. Aku setuju, hehehe. Ada siapa2 yang tak setuju? takpe, setiap orang mestilah ada pendapat yang berbeza2 kan.

So, nak masuk tahun baru ni korang da ada azam baru ker? Senaraikan, coz bila sudah datang penyakit L.U.P.A semua tak hengat nanti.. hehehe. Tapi, peralihan tahun ni, menandakan umur pun yang makin bertambah. ngeri plak bila memikirkannya. hehehe. Walau apapun azam korang untuk tahun baru ni, aku mendoakan agar korang sukses dengan azam tersebut dengan jayanya. ok?

SELAMAT MANYAMBUT TAHUN BARU 2011. Tutup buku lama, kita bukak buku baru dengan semangat yang baru.


p/s ::: kepada yang akan menyambut kedatangan tahun baru, di mana lokasi pilihan korang?

p/s ::: walau apa2 pun, jangan buat yang TIDAK2.. hehehe

Thursday, December 30, 2010

tiada semangat hari ini


salam semua blogger

badan seakan tidak beberapa sihat

sakit kepala + sakit tekak + selsema = MySpace

tiada daya untuk melakukan apa2

baru lepas makan penadol

mungkin tidur sementara waktu

nanti usha belog ni kembali bila bangun nanti


Wednesday, December 29, 2010

MALAYSIA Juara Piala AFF


malam ini, setelah 14 tahun Malaysia menantikan Piala AFF yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger akhirnya tercapai jugak. tahniah buat anak2 didik K.Rajagopal yang berjaya merealisasikan impian rakyat Malaysia kali ini.

sekarang, skuad bola sepak negara kesayangan kita semakin meningkat. sejak memenangi EMAS Sukan SEA skuad kita semakin menunjukkan belang di peringkat ASEAN mahupun di Sukan Asia yang berlangsung baru2 ini. pasti ranking naik beberapa tingkat lepas ni. hehehe

Aku Bangga akan kamu2 semua wahai wira2 Malaysia.. LOVE u all.....muahhhh

Tuesday, December 28, 2010

esok semuanya bermula


setelah hampir sebulan bercuti, esok bermula sem baru bagi aku dan rakan2 yang lain secara rasminya. kelas yan di daftar hanya akan bermula hari esok. so, paling kurang dalam seminggu hanya 3 hari yang ada kelas.

doakan aku dapat mengharungi sem baru ni dengan jayanya. AMIN

Petang ini, pasar malam. jom usha makanan merangkumi breakfst, lunch & diner.


terasa mengantuk di kala ini, mata juga hampir terpejam. namun gara2 game, dipaksakan juga mata ni bertahan MySpace

lapar pun mula bertandang. perut mula merengek minta diisi. aiiya, tadi sudah pulun roti pun masih laparkah? isk3..hehehe.

akan ke pasar malam petang nanti bersama cik Violet tersayang..MySpace sengihan yang penuh makna tersurat and tersirat..mintak dibelanjakan lah tu, so hope cik violet paham..

MySpace menu apakah yang harus dibeli yer nanti?? erm..ada cadangan?





Sunday, December 26, 2010

team Malaysia, anda sememangnya hero kami



seronok tengok game tadi MySpace

game yang penuh mendebarkan sehingga main lebih 90 minit. dan penah jugak terhenti gara2 sikap segelintir penyokong yang tidak beretika. walau apa pun, tindakan menghentikan permainan beberapa minit <> semacam menaikkan semangat pemain kita untuk terus menyerang sehingga menghasilkan gol, gol dan gol lagi. MySpace untuk gerakan chantek yang dilakukan oleh Norshahrul Idlan Talaha. sememangnya dia layak untuk dapat award pemain paling bernilai. <>


gandingan yang mantap ---> Safee, Norshahrul & Shafiq. namun pemain lain pun mantap jugak.

2 gol yang dilakukan oleh Safee Sali dan 1 gol oleh Ashaari Shamsudin memberikan kita bekalan yang cukup selesa untuk dibawa ke Indonesia pada 29.12.2010 nanti. namun, jangan mudah merasa selesa sangat kerana anda, pemain Malaysia akan berjuang menentang bukan hanya 11 orang pemain lawan namun mungkin hampir 1 stadium yang dipenuhi penyokong lawan --->gelombang merah.

kami akan terus menyokong hero2 Malaysia sehingga ke penghujungnya. Malaysia mampu untuk menjulang Piala AFF untuk kali yang pertama kali ni. MALAYSIA BOLEH !!!

Saturday, December 25, 2010

jatuh chenta lagi

jatuh chenta lagi, tapi dengan lagu taw. bukan sesiapa. hehehe

lagu yang berjudul mainan jiwa dendangan Rini AF7. best plak bila dengar lagu ni. 1st tyme dengar kat belog cik nusha yang cun 2..hehehe..

thanx yer nusha letak lagu ni kat belog kamu, best3.. thumb's up!!!

lirik lagu mainan jiwa --->

Semanis vanilla atasnya whipped cream
Selalulah dengan senyummu
Selembut mentega yang cair di bibir
Kau lontar kata-kata manja

Chorus
Apa sebenar yang kau pendamkan
Di dalam hati buat diriku
Yang tidak arif permainan jiwa
Atau sekadar
Mahu mencuba kekuasaanmu
Memukau sukma para wanita
Yang serba naif sepertiku
Apakah sebenarnya
Yang kau pendamkan
Yang kau pendamkan di hatimu buatku

Halus karamel di hidangan jeli
Sentuhan pada jejarimu
Senyaman aroma dari cangkir latte
Perasaan tenang ku dengan mu

Ulang Chorus

Yang kau pendamkan di hatimu buatku

Ulang Chorus

Atau sekadar
Mahu mencuba kekuasaanmu
Memukau sukma wanita
Yang serba naif sepertiku
Apakah sebenarnya
Yang kau pendamkan

Apa sebenar
Kau pendamkan buatku dalam permainan jiwa
Yang serba naïf
Atau pun sekadar
Mahu mencuba kekuasaanmu
Memukau sukma wanita
Apakah sebenar-benarnya
Katakanlah
Yang kau pendamkan di hatimu
Buatku

Friday, December 24, 2010

aku memilih novel itu menemani malamku

baru pulang dari Jusco Wangsa Maju. menemani abang dan kakak ku yang ingin bahan bacaan yang baru. sudah semestinya mencari novel. kakak ku mencari novel karya Fauziah Ashari berjudul Matahari Cerah Lagi. dapat juga akhirnya dia dibeli novel itu. namun aku sedikit kuciwa kerana novel yang ingin ku beli kehabisan stok. Keluaran Kaki Novel. cepat benar habisnya. sedih2..

malam ini, atas nasihat kakak ku die menyarankan aku untuk membaca novel yang berjudul Aku Bukan Billy Milligan karya Norhayati Berahim. salah seorang penulis faberet mereka berdua. aku turutkan sahaja mungkin best.

ok, jom membaca novel bersamaku.


p/s ::: agaknya siapa pula yang akan menemaniku malam ini??

Penawar Rindu

--->Dendangan Orkid Abdullah<---

Penawar rindu padamu seorang
Kenapa selalu semangatku dikau puja
Penawar rindu padamu seorang

Resah tak sanggup menanggung di jiwa
Salah tak tahu kasih bermula

Bermula
Peristiwa, dalam ingatan
Kasih tercipta

Penawar rindu padamu seorang

Senyuman kuberi sungguh bermakna
Tetapi sayang kau tak ketahui

Tak ketahui
Hingga ku merana, merajuk hati
Membawa diri

Penawar rindu padamu seorang
Kenapa selalu semangatku dikau puja
Penawar rindu padamu seorang

pulun 2 buah novel sehingga mata tidak lagi mampu bertahan

Rutinku di rumah kakak ku ini. Membaca novel sudah semestinya maklumlah novel belambak di sini, pilih saja mana yang berkenan di hati, ambil dan baca. Senang. Tak perlu keluarkan ongkos pun. Itu yang bestnya bila datang sini, sekurangnya bila aku tak tahu nak buat apa, tiada cerita menarik mahu ditonton, kesorangan di kala mereka keluar, novel2 itu tersedia untuk menemaniku.

Novel apa yang aku baca semalam? erm, 2 buah novel aku pulun baca.

Yang pertama ---> MASIH SETIA, karya AISYA SOFEA. 535 muka surat menanti untuk dibaca sehingga habis. Tak perlu untukku bercerita lebih, jika ada sesiapa yang berminat sila saja beli dan baca novel ini. Tagline untuk novel ini adalah :::

Kau bilang sayang
Aku kata benci

Yang kedua ---> BAYANGAN RINDU karya ANIS AYUNI. Entah kali yang keberapa aku membaca novel ini, aku tidak pasti. Namun tiada istilah jemu yang wujud, sehingga dari mula sehingga ke muka yang terakhir aku membacanya. Itulah aku, sehinggakan novel ini menjadi novel yang wajib untuk di baca setiap kali aku di sini. Hehehe.

Salam kasih siapakah yang singgah mengusik ke sanubari ini?

-Tagline untuk novel ini.-


Pelik bukan bagaimana aku dapat habiskan 2 buah novel secepat itu. Bukan cepat mana pun, tapi sehingga subuh jugaklah aku baca. So, berapa jam erk agaknya jika dari petang aku mula membaca. Korang kira sendiri. hehehe. Oklah, sudah agak lama aku tak macam ni, sementara cuti masih bersisa baik digunakan sepenuhnya. Nanti bila kuliah dah start, asigment pasti berbaris minta untuk disiapkan. Ngeri jugak, tapi adat menjadi student kan. Terima ajelah.

Berterima kasih pada dia yang sudi menemaniku di kala aku penat membaca. Tak perlu aku sebutkan namanya kerana awak tahu siapa awak. ;P Ucapan ikhlas untuk awak adalah ini --->

lain masa sudi2 lah teman lagi yer. hehehe

Akan menyusul pula novel ketiga, namun akan bermula malam nanti. Petang ni mahu melaksanakan janji terlebih dahulu. Ok, semua.


p/s ::: berjoging di taman yang berdekatan dengan rumah sahaja. namun bukanlah joging sebenarnya kerana menurut kakak ku berjalan2 keliling taman jerk. hehehe.

---> ada sesiapa mahu ikut, silakan. lagi ramai lagi meriah. hujan sudah berhenti.
<---

aku dan petang


salam jumaat semua.

baru petang semalam sampai ke rumah kakak ku di KL.

hajat hati mahu menemani beliau pergi joging petang ni.

maklumlah semalam sudah di ajak kepergian, tapi menjelang petang mataku terlena dalam pelukan T-Rex. hahahaha :D

namun, menjelang petang cuaca di luar seperti menidakkan kepergian kami.

macam mana yer?

walau apa pun kak, kita tunggu jer cuaca di luar macam mana yer, jika ok, akan adikmu ini menemanimu berjoging petang ini.

boleh jugak adikmu ini memecahkan mana2 lemak + lipid yang semakin bertambah di badan ni. ngeeee



p/s ::: menjaga kesihatan diri ketika cuaca yang semakin tidak menentu

Thursday, December 23, 2010

SAYALAH BLOGGER ITU


kena tulis 10x nama belog sendiri? ok.. =)

1. http://duniaashiya.blogspot.com
2. http://duniaashiya.blogspot.com
3. http://duniaashiya.blogspot.com
4. http://duniaashiya.blogspot.com
5. http://duniaashiya.blogspot.com
6. http://duniaashiya.blogspot.com
7. http://duniaashiya.blogspot.com
8. http://duniaashiya.blogspot.com
9. http://duniaashiya.blogspot.com
10. http://duniaashiya.blogspot.com



done !!!

Give Away From The 7th



contest from The 7th Muffins

Follow these simple rules :

1) Like us on The 7th Facebook & be our follower :) DONE!!

2) Write in your very creative way in your blog : DONE!!

Saya inginkan muffin The 7th kerana sekali sekala dapat makan muffin cap f.0.c ni best jugak boleh mengisi perut yang tengah kempunan akan muffin sambil dapat berkenal2 dengan tuan punya belog. =)

3) Don't forget to insert the above banner in your post / sidebar. DONE!!

4) Link back your post at our comment box below / facebook wall. DONE!!

“iphone 4 ke Blackberry Torch”


tiba2 join contest ni bila terbaca di ruangan BA pasal contest ni. simple jerk contest ni, terbuka kepada sesiapa. hehehe.. hadiah?? perfume yang berharga rm50. menarik jugak kn. hehehe

anjuran ---> SYMUZZAMIR

tarikh tutup contest ---> 22 Jan 2011.

pilihan aku antara kedua2 model ini ---> Blackberry Torch

alasan?? ---> sejujurnya aku tidak memiliki alasan kukuh, kerana untuk memiliki salah satu antara kedua2 jenis telefon tersebut, aku tidak mampu. hahaha. sekdar suka2 aku memilih blackberry torch. MUKTAMAD.

Wednesday, December 22, 2010

gambar percutian ::: Utara + Cameron :::


kenangan bercuti yang diabadikan dalam bentuk gambar. berikut adalah beberapa keping gambar cuti2 pi utara + cameron bersama keluarga abang dan kakakku.

di Bukit Merah Lake Town, Perak.
Tidak sempat untuk bermandi manda & menjenguk orang utan kerana bajet yang kureng. hehehe

bersama kakak dan anak2 sedare :: Along, Angah & Aizzat

menaiki 'kereta api' mengelilingi Taman Botani, Pulau Pinang.

di Gua Kelam, Perlis.
sedikit sedih kerana tidak dapat masuk ke dalam kerana laluan penjalan kaki yang runtuh akibat banjir besar yang melanda Perlis beberapa bulan yang lalu dan sedang dibaiki.

di Taman Ular, Perlis.
Banyak jugak spesis2 ular kat sini. geli geleman jugaklah perasaan tatkala melihat spesis2 itu dengan pelbagai saiz daripada spesis tidak berbahaya kepada yang paling ngeri, ular tedung selar. huhuhu

sejarah menjejakkan kaki di Thailand. walaupun hanyalah 1 Km daripada sempadan Malaysia & Thailand, yang penting berjaya ke luar negara juga akhirnya. hahahaha =)

bergambar kenangan bersama pakcik & makcik yang menumpangkan kami tidur 3 malam sepanjang berada di Perlis.

di ladang Teh, Cameron Highland.
hari terakhir percutian sebelum berangkat pulang.


percutian yang memakan masa 6 hari merupakan satu pengalaman bercuti yang sungguh menyeronokkan, walaupun terdapat tempat yang tidak dikunjungi dengan sepenuhnya gara2 renovation seperti Bukit Bendera & Gua Kelam, namun aku sungguh berpuas hati. Mungkin lain kali aku berpeluang untuk melawat lagi ke tempat2 itu.


p/s ::: jika memiliki kelapangan waktu, serta duit yang cukup, ingin pergi bercuti2 lagi. jom rakan2, teman2 sekalian. hehehe

perasaan lega bila hutang dilangsaikan kepada pihak berwajib.

hari ini misi untuk melangsaikan hutang telah berjaya dilunaskan. hutang pengajianku yang hampir mencecah 2k gitu. adoyai, fenin taw memikirkan duit yang mengalir keluar daripada akaun sebanyak itu. hope, tiada lagi hutang berbangkit selepas ini, terutamanya yuran penginapan. semoga sebanyak itu sahajalah yurannya untuk sem ini. hutang kepada rakan kongsi masih belum dilunaskan, kira beruntung masih boleh ditangguhkan tanpa faedah gitu. cayalah kamu cik VIOLET. sayanggggg kamu lebih..mmmmmuuuuaaaahhhh.. hahahaha.

nampaknya, catuan perbelanjaan sepanjang sem ini harus dijalankan bermula sekarang. namun catuan daripada aktiviti makan mungkin tidak akan berlaku, mudah-mudahan. adakah sesiapa yang sudi menawarkan diri menjadi 'bank' kepadaku sepanjang sem ini? menampung perbelanjaan untuk makan sahaja sudah memadai. hehehe. alangkah indah dan bagusnya jika terdapat seseorang di luar sana yang sudi mendeliverykan lunch or diner ku selepas ini. berangan sahajalah cik ashiya nampaknya. hahaha

pendaftaran subjek juga sudah dilakukan. subjek yang mungkin di ambil untuk sem ini adalah seperti berikut :::

- SKPS 6004 Metodologi (tesis)
- SKPS 6123 Prosedur Penilaian Impak Alam Sekitar
- SKPS 6133 EMS
-SKPS 6153 Pengurusan Lembangan Saliran

namun, semuanya bergantung pada minggu hadapan, kerana aku bercadang untuk memasuki semua kelas bagi subjek yang ditawarkan. selepas mendengar taklimat berkenaan subjek berkenaan barulah senang untuk memikirkan yang mana harus diambil. tak gitu? hehehe.



p/s ::: semangat pembelajaran untuk sem baru masih belum membuak2. datanglah semangat itu kepadaku secepatnya. gambatee ne.. =)

bila kembali ke kampus


waaaa..da menghampiri ke angka 4 pagi. bila mata ini mahu ketiduran? jika di rumah bila angka menghampiri pukul 12 pagi mata kelayuan, tetapi sekarang? fenomena apakah yang melanda diriku di kala ini? mungkin gara-gara ketaksuban kepada internet. maklumlah setelah sekian lama bercuti, internet yang tidak menghampiri dan didekati agak kerinduan untuk berjaga hingga lewat sebegini menghadap dunia blogger. hehehehe.

walau apa pun, tidur itu pasti. chao, ketiduran dulu wahai duniaashiya. selamat malam + pagi kepada semua. =)

Gojesh in Orange Contest


menyahut seruan setelah mendapat tag daripada cik violet untuk menyertai contest ni. thanx kepada cik violet sudi menjemput saya join ini contest =).


Gojesh in Orange Contest. syarat2 penyertaan seperti di bawah ::

1. seorang blogger dan menjadi follower kepada tuan punya blog serta en. abang beliau.
blog tuan punya contest http://rubyzaizi.blogspot.com/ dan blog en. abangnyahttp://adamhafis.blogspot.com/

2. tulis entry untuk contest ni dan jangan lupa selitkan sekali banner contest dalam entry tersebut. letakkan jugak banner tersebut di sidebar blog korang. banner ni ashiya lketak kat bawah lah yer, hehehe (tergolong dalam syarat tak cik ruby?? )

3. pilih gambar korang yang bertemakan warna orange terutamanya baju korang. yang lain seperti tudung pun kira boleh lah, tapi yang penting warna orange paling dominan atau menonjol, ok.


cerita di sebalik sekeping gambar ini :::

---> gambar yang diambil pada 6.12.2010 yang lalu bertempat di Bukit Merah, Perak. beraksi ala-ala model kepada abang yang suka mengambil gambar. hehehe. warna kesukaan sekarang adalah pink, purple dan juga orange.

4. maksimum 2 keping gambar.

5. tag contest kepada 6 orang. 6 orang yang terpilih yang di tag oleh ashiya adalah :::


6. tarikh tutup penyertaan ::: 14 Januari 2011.

selamat join ini contest kepada yang berminat =)

masih berfikir2..


tidak sampai 24 jam aku di UKM. masih memikirkan subjek yang harus diambil untuk sem baru ini. kemungkinannya sudah ada, tapi belum mendaftarkan diri di talian. macam mana hendak daftar, jika yuran untuk pengajian sem ini masih belum dilunaskan, haiya. yuran oh yuran. kenapa tak boleh daftar jerk dulu bayar kemudian. isk, fenin nak fikir taw. kiranya, sem ini tiada istilah berjimba-jimba dalam hari2 yang mendatang, tapi mungkinkah? maybe tidak, kerana berjimba-jimba itu perlu untuk melegakan ketegangan yang melanda. betul tak??.. dengan penuh keyakinan di dada aku mengatakan BETULLLL...hahahaha.

perkara yang harus dilaksana secepat mungkin ::
---> bayar yuran pengajian
---> daftar subjek
---> melunaskan hutang yang tertunggak terutamanya hutang cik violet
---> broga hill???

selamat kembali ke kampus. berhempas pulas untuk menghadapi sem baru setelah sem 1 diharungi dengan penuh cabaran. semuanya terbalas dengan result yang boleh dibanggakan. tahniah buat diri sendiri, ashiya !!! tahniah juga kepada rakan2 ku yang berjaya mendapat result yang cemerlang. kredit untuk kita semua. cayalah!!!

Monday, December 20, 2010

i'm back

sudah selamat sampai ke tempat pengajianku. setelah beberapa minggu pergi bercuti, akhirnya selesai. wah, tak pernah2 pergi bercuti sampai berminggu2, paling lama yang aku rasakan. sungguh menyeronokkan, satu pengalaman dan kenangan yang tidak akan dapat dilupakan.

kepada abang2 dan kakak2 ku sekalian, lain kali mahu bercuti jangan lupa ajak diri ini yer. sungguh suka bercuti2 cuci mata. serampang dua matalah katakan. hehehehe..

apa yang penting, dunia ashiya akan kembali dengan post2 terbaru. diharap kerajinan akan selalu bersama diri ini.

selamat kembali ke alam perkuliahan setelah bercuti panjang kepada rakan2 seperjuangan ku sekalian. rinduuuuuuuuuu korang semua....

Friday, December 10, 2010

belum punya masa lagi

sekarang aku masih dalam mood percutian. tidak dapat untuk mengupdate blog ini dengan sebaiknya. tunggu kepulangan ashiya yer semua. hehehe


sayang korang semua =)

Sunday, December 05, 2010

bercuti bersama family


akan mengambil masa beberapa hari untuk ke utara seterusnya ke pahang. dunia ashiya akan kembali sepi untuk seketika cuma.. sekembali nanti, akan diupdate berita bercuti itu. kepada penyokong duniaashiya, teruskan menanti, dan teruskan menyokong lepas ini.



salam bercuti.



p/s ::: bercuti bersama keluarga kakak dan abangku, 1st tyme ke utara. apakah yang menanti??

lihatlah dari mata hati --> jaga lah mata anda


mata adalah organ deria untuk kita melihat, tapi janganlah pula melihat yang tidak2..hehe.. bila kehilangan akan hilanglah nikmat melihat, iaitu buta. buta di mata, tapi celik di mata hati..kan

sebenarnya teringin ingin menulis mengenai mata, apabila aku melihat abangku yang seperti susah untuk melihat. pada hakikatnya abangku bukanlah dikategorikan sebagai yang tidak dapat melihat, tapi memiliki sedikit dan mungkin banyak kepayahan untuk melihat akan sesuatu. tapi aku kagum dengan abangku, begitu cekal menghadapi hari2 nya. cayalah abang.

bagi yang masih memiliki mata tanpa perlu menggunakan kaca mata, jagalah mata anda. hehe.. makan lobak banyak2 yer..



bila petang hari


layan jelah citer kat citra ni. apalah yang dorang tengah bising dan gelak2 di luar, rupanya tengah layan cerita man laksa. lawak kah cerita itu? hihi..

apa2 pun, layan jelah kan...dari saya yang menurut kata kan.. lalala

meriahnya rumah bersama mereka

haha..di kala ini, aku di rumah kakak ku di Keramat. meriah daripada kebiasaan pabila keluarga abangku juga turut bercuti di sini. haha, ramai betul kat rumah ni. paham2 lah bila rumah pangsa kan, keluasan yang tidaklah seberapa luas dipenuhi oleh orang2 menghampiri angka 10. so, penuhlah kan.

yang paling bestnya, bila ada anak2 saudaraku yang lebih besar dari aku walaupun hakikatnya umurnya jauh lebih muda dari aku (tapi aku ni, taklah tua sangat..hehe). tak tahu nak cakap macam mana kat dorang berdua ni, lantang bebenor suaranya. hehe..ampun ye along and angah, terkutuk plak. hihi.

walau apa2 pun, kehadiran korang telah memeriahkan suasana di sini. ngeee

jiwaku di bawa terbang oleh dia..



aish... saat dan ketika ini, jiwaku di bawa terbang oleh 'dia'. sungguh aku suka lagu ini.

DI SAAT AKU MENYINTAIMU-DADALI

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku.

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta..............


best kan lagu ni? lirik pun dah mendalam maksudnya, apatah lagi bila dengar full song kan, tangkap leleh tuh..hehe.. siapa yang setuju sila angkat kaki..haha..pada sesiapa yang ingin dengar lagu ni, silalah cari di youtube ok..hehe

p/s ::: menunggu si dia menyanyikan lagu ini kepadaku..haha..tapi, siapakah dia? entahlah..kui3

wujud or tak?.. wujud jugaklah


korang suka tak mandi sungai, air terjun or sewaktu dengannya? pasti suka kan. tapi kalau korang jumpa tasik yang semacam di bawah ini? berwarna merah, teringin lagikah untuk korang terjun? macam ngeri kan. hehe.

Tasik ‘darah’ ditemui di Sumatera Selatan


TASIK merah di hutan Raje Mandare, Sumatera Selatan, Indonesia.

tapi yang anehnya, bila diceduk sedikit airnya, warnanya adalah jernih. macam cerita cicakman kan, ala yang airnya warna hitam tu, boleh jadi jernih jika dibiarkan semalaman. hehe.. betul tak erk? ingat2 lupa jerk ni. hihi..layannnnnn~~~

sumber :: KOSMO

Saturday, December 04, 2010

bila waktu tengah hari lupa menjamu selera :: laparlah jawabnya


haha..aku agak kelaparan di kala ini. itulah, siapa suruh skip lunch, padan muka. walau apa pun, menunggu akan kedatangan makanan di depan mata sungguh lambat. bila nak sampai makanan ni. hellooo ashiya, ko ingat makanan itu datang bergolek dan sujud sembah engko kah?? apa daaa... hehe.. cepat masuk dapur, masakkk..

kepada sesiapa yang nak menolong, sila. jom!!

kaki novel bersama novelnya :: layannnn


aktiviti yang akan aku lakukan bila musim cuti bermula. agak kelewatan sebenarnya untuk melayan novel, tetapi masih belum terlambat. thanks kepada violet kerana sudi mewakafkan sekejap novel beliau untuk tatapan bacaan ku di kala ini.

melayan novel karya Siti Rosmizah, berjudul Lafazkan khalimah Cintamu sungguh meruntum jiwaku. tatkala aku ketawa berdekah-dekah, dalam sekelip mata air mataku bercucuran jatuh membasahi pipi gebuku..ahaks.. senang cerita, dari awal baca sampai habis, emosiku terikut bersama tulisannya. betul. aku tak tipu, hehe.

inilah muka depan novel ini. sila dapatkan di pasaran..hehe
aku bagi 5 bintang bagi novel ni.

sungguh aku suka akan karya beliau, bermula dari Andai Itu Takdirnya dan diikuti dengan novel kedua beliau yang berjudul Cinta Kau & Aku. sekarang beliau telah menghasilkan 3 buah novel, kepada sesiapa yang kaki novel, boleh layan novel-novel karya siti rosmizah ini. menikam kalbu gitu taw. hehehe

novel kedua

novel pertama


sekarang menunggu untuk membeli novel terbaru karya penulis kegemaranku, Ramlie Awang Mursyid (RAM), hampir lupa judulnya tetapi jika tak silap judulnya Rayyan Fantasi. jika ada yang sudi menghadiahkan aku novel ini lagi bagus, tapi adakah? hehe


p/s ::: cik violet sudikah anda menghadiahkan diri ini novel tersebut? hahaha

pulang bertapa :: jenguk dunia ashiya yang sekian lama kesepian tanpa new post

ketenangan air terjun di Lata Jarum, Raub, Pahang

MySpace
selamat bertemu kembali wahai pembaca sekalian.
maaf sekiranya terdapat peminat *wujudkah golongan ini untuk blog ini??* yang ternanti-nanti new post dalam dunia ashiya ni. setelah sekian lama tuan punya blog cuti tanpa gaji, rasanya telah tiba saat dan waktunya untuk kembali ke dunia blogging. hahaha..

maklumlah di kampung tercinta, line internet memang tiada. untuk ke CC, terasa malas, jarak yang jauh juga menjadi halangan, so berhabuklah jawabnya. tapi kali ini pun belum tentu dapat mengupdate blog sentiasa, tunggu akan kerajinan dan idea yang ada. hahaha..MySpace

beberapa hari yang lepas, aku dan bersama budak pengurusan persekitaran yang lain telah ke Lata Jarum, Raub menjalani kerja lapangan. sebagai memenuhi syarat untuk mendapat 30% markah pada mulanya, tetapi setelah sampai ke sana melihat akan kehijauan hutan, deruan air terjun yang mengalir. sungguh mendamaikan. jika korang mempunyai masa yang terluang dan sememangnya adalah hobi korang untuk bercuti ke kawasan hutan hijau so aku suggestkan pada korang untuk ke sana.

walaupun begitu penat menjalankan survey, tapi kami telah mendapat satu hadiah yang sememangnya tidak akan kami lupakan. melihat bunga refflesia atau juga dikenali sebagai bunga Pakma di depan mata. memang satu keseronokan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata selain dapat memanjakan diri di dalam air terjun yang sejuk.

geng wonder'ahh..hehe.. zaah, paah, caah, liah & niah (tiada dalam gambar)


so, kat atas tu adalah gambar yang sempat di snap (walaupun banyak lagi dalam koleksi ni, tapi boleh upload sikit-sikit dlu ye.) lain kali diupload lagi..hehe


Monday, November 08, 2010

sebelum cuti --> pesanan untuk blogger sekalian =)


pagi esok pulang bercuti
naik bas pakcik sani
teruja rasa dalam hati
oklah blogger lain kali jumpa lagi


--> wahai rakan blogger yang kacak bergaya,
hitam manis cun pon ada,
singgah singgah lah di blog dunia ashiya,
jangan segan segan menjadi follower saya

MATRIKULASI :: indahnya zaman Matrik


-logo KMNS-

sejenak aku mengusha khazanah lama di dalam laptopku. satu folder gambar aku buka, belek satu persatu gambar. jariku terhenti di folder 'mtrx'. aku rindu pada zaman itu. kenangan bersama teman-teman dari pelbagai negeri. itulah kali pertama aku berhijrah keluar dari negeri kelahiranku. selepas SPM, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) menjadi persinggahan untukku menuntut ilmu. kali pertama menjejak kaki ke N.9 untuk tempoh bukan sehari dua, tapi setahun. aku yang merupakan anak mi+pok= korang paham2 lah apa maknanya..hihi pertama kali merasakan berjauhan daripada keluarga. --> sukar juga pada mulanya nak embiasakan diri, tapi dengan adanya kawan-kawanku yang lain, tak de lah aku menjadi seorang yang cengeng. hihi..

kawan Praktikum --> F2P4.
sewaktu kami bersama budak kuliah yang lain melawat Pusat Sains Negara (PSN), hihi.

sedapnya aiskrim cap F tu, ada sesiapa yang sudi belanja tak?

ini pula semasa Majlis Makan Malam untuk F2 & H6. haha. best, semua 'bekerja' untuk jayakan majlis ini untuk subjek protokol, eh betul tak erk? lupa lak. hihi..

tiga dara rebutan..lalala..rindu kamu berdua --> shagy & syer. mereka berdua teman rapatku, banyak gelagat kami. pernah tengah2 kelas kami keluar ke kafe, cari makanan, hihi. paling tidak dapat aku lupa. shagy yang otai & syer yang .... lalala~~lama tidak ketemu, kerinduan deh. hihi

memang banyak kenangan yang tercipta waktu itu. tidak dapat ku lupakan. bilalah agaknya kita dapat berjumpa lagi yer. janji mahu ketemu selepas 5 tahun kan? adakah?

akhirnya :: tugasan selesai

wah, satu kelegaan yang jelas terasa di saat ini. tatkala semua tugasan sudah siap dikarang. haha, begitu seronok aku mengarang tiap-tiap baris. tapi, seronok ker?..haha, aku konfius !!

tapi tak mengapa, janji siap. dan pagi esok (sekejap jer lagi lah ashiya..!!) boleh lah hantar.

tak gitu cik Violet? yehhaaaa...

::SKPS 6043 PENGAWALAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR ::
:: SKPS 6013 ETIKA ALAM SEKITAR ::


--> tunggu saat untuk pulang ke kampung sahaja sekarang. sudah tiada kesabaran di hati. hihi

[update]--> bola :: BOLA :: bola

time makan kat kedai tadi sempat usha match bola sekejap. perlawanan yang hangat antara Chelsea vs Liverpool.. wah semakin ramai yang datang ke kedai tu, untuk tengok bola lah katakan.

keputusan semasa :: half time

Chelsea (0) vs Liverpool (2)

hahaha--> gelak jahat habis, tak ingat..lalalala~~ sorry 4 fans Chelsea...

walaupun aku bukan penyokong Liverpool, tapi suka jugak bila tengok Liverpool bangkit. mungkinkah tiga kemenangan berturut akan dicapai oleh Liverpool pagi ini? sama-sama kita nantikan. lalala~~ tapi masih ada masa untuk Chelsea bangkit, macam tak penah terjadi jer sebelum ni. bola tu kan bulat. selagi ref tak tiup wisel penamat..


update ==> final result Chelsea (0) vs Liverpool (2)
tahniah the reds..

--> semalam fav. team dah menang..lalalala~~~

Sunday, November 07, 2010

1st GA kasut tumit tinggi

lalala..masuk contest lagi. suka suki. hihi. kali ni dari blog leenasaffee peminat kasut tumit tinggi, aku agak. betul tak? hihi. contest yang beliau namakan kusit tumit tinggi 1st giveaway.


kalian berminat? singgah saja di blog beliau dengan klik di SINI.

cik VIOLET anda di Tag untuk masuk contest ini. sila ok.
mencuba nasib lagi. tidak salah bukan. hihi

semangat berblogging :: datang bergolek-golek..lalala~~

blogku ini sudah hampir berusia setahun rupanya. tinggal sebulan lagi, maka genaplah umur dunia ashiya ini. hihi. motif aku buat blog? terpengaruh dengan seorang rakan sebenarnya. cik violet tuan punya blog coretan hati sekarang blog semacam diari untukku. hihi

sejak dua menjak ni, semangat berblongging membuak. seperti letusan Gunung Merapi agaknya. isk, sungguh tidak logik perumpaan ini. bukan terlalu mengejar aliran trafik dan follower yang ramai, tapi bila melihat ada yang sudi menyinggah dan baca entry yang ku post. terharu. rasa semangat. korang pun mesti terasa macam itu jugak kan. tak banyak skit pun mesti ada. sehari dua ni, boleh dikatakan ramai jugalah yang sudi ziarah meningkatkan trafik dan bilangan follower yang bertambah seorang demi seorang. --> sebenarnya bilangannya adalah tidak seberapa, tapi aku ingin berkongsi jugak akan gembira ini <--

tengs sangat-sangat dekat korang yang sudi singgah dan tidak juga lupa juga kepada yang sudi menjadi follower blog picisan ini. walaupun bilangannya sedikit, tapi sudah cukup bermakna untukku sebagai blogger baru. tengs kepada blogger BEN ASHAARI yang sudi mentionkan namaku di salah satu entry beliau sehingga ramai blogger yang singgah di sini datang daripada entry itu.



--> jemputlah datang ke dunia ashiya lagi. jangan malu jangan segan. sama-sama kita berkongsi sesuatu di sini..menunggu gerangan follower yang ke-100..siapalah agaknya orang itu.. lalala <--

Saturday, November 06, 2010

solat :: perhatikan sejadah kita

Terbaca satu entry yang menarik di blog pena nurani mengenai Sejadah. Sejadah yang kita gunakan sebagai alas untuk solat. banyak cara yang dilakukan oleh golongan kafir untuk menyesatkan kita. Istilah kita sesat dalam keadaan beriman, tuan punya blog ni gunakan mengenai hal ini.Walaupun hal ni kecil, tapi kita tak boleh sekadar memandang remeh. Soal Solat kita. Solat tiang Agama. itu yang harus kita jaga.

Untuk tahu lebih lanjut pe kata korang usha blog dia. Sama-sama dapat info.

tajuk entry beliau --> perhatikan sejadah kita

di kala malam bulan tak beberapa mengambang :: keterujaan balik kampung

sunyinya malam ini. MySpace mungkin telah ramai jiran-jiran serta penghuni yang lain pulang ke rumah. maklumlah dorang sampai 8hb tiada exam. lama kan cuti yang diberi. sebagai peluang untuk pelajar yang meraikan perayaan Deepavali beraya lama sikit. betul tak? adillah tu, time kita raya dulu pun cuti seminggu kan. so, fair ok.

tapi, aku masih di sini. menunggu saat untuk pulang. jika tiada take home exam ni, agaknya sudah lama aku berangkat. hihi.. sebenarnya alasan semata-mata. siapa suruh asyik tangguh menangguh kerja tu..kalo tak, malam 4hb lagi aku sudah cabut. sekarang kenalah tunggu hari isnin, untuk hantar tugasan serta take home exam tu. tunggu nak mengedit mana-mana part yang patut then print.

petang tadi baru pergi beli tiket bas. destinati yang dituju --> Kerteh, Terengganu. teruja sangat nak balik ni, MySpace maklumlah sudah hampir 2 bulan tidak pulang -mesti ada yang bercakap, baru 2 bulan sudah kecoh- bagi aku anak mi+pok ni, 2 bulan tu sudah cukup lama. hihi. Terengganu sekarang sudah mulai hujan, menurut Mi, petang tadi pukul 5, kampungku dilanda angin kuat -ribut-.. nasib tiada perkara buruk yang berlaku. walau hujan, yang penting kita berada di rumah sendiri. itu yang penting. kan.


adakah kampungku akan banjir seperti tahun lepas?

lagi satu nak jumpa sepupu, 2 pupu yang comel2 ni. rindu kat dorang.

ni wada - si garang- hihi

lagu Balik Kampung, Nyanyian Arwah Sudirman. semakin dekat, semakin kuat lagu ini terpasang.MySpace hihi


tapi, dalam aku teruja untuk pulang hatiku dilanda kerisauan. akan berita kemalangan yang membabitkan bas ekpress. sungguh aku risau.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails