Saturday, May 21, 2011

:: BFF ::


ihsan ::: pakcik google
Sahabat baik? Kawan baik? Or apa-apalah gelaran yang kita gunakan untuk mereka yang berada dekat dengan kita. Yang selalu ada time kita susah or senang. Yup, selain family insan inilah yang selalu menemani kita. Insan ini bukan sahaja yang sama jantina tapi mungkin juga berlainan jantina.
Dalam meniti hari-hari, banyak perkara yang berlaku di luar kawalan kita. Kadang kita hilang kewarasan akal dalam berfikir dan bertindak. Bila emosi menguasai diri, kita hilang percaturan. Namun, dengan adanya insan ini, kita dibimbing untuk tidak terus alpa dan bangkit daripada rasa kekecewaan. Bagus bukan bila ada insan seperti ini bersama-sama kita.
Sahabat, kawan baik atau istilah BFF bukan ditentukan dengan masa. Bukan, bila sudah lama berkawan menjadi jaminan dialah BFF kita. Bukan. Mencari BFF yang sehati dengan kita bukan perkara senang. Bersyukurlah kepada yang ada. Sangat beruntung kepada yang ada, mempunyai kawan yang boleh meluah segala rasa, meminta pendapat, berkongsi minat, atau apa-apa sahaja.
Namun, dalam mencari kita tidak harus melupakan diri sendiri. Menjadi diri sendiri, tidak mengikut kehendak orang lain semata-mata. Yang penting, JUJUR dan IKHLAS dalam menghulurkan salam persahabatan. Sikap memberi dan menerima juga penting. Teringat kata-kata my kezen, lebih baik kedekut daripada berkira.  =)


Bukan satu kemestian pun untuk ada BFF kan. Kalau tak ada, so wat. Biarlah kan. Berkawan biar beribu-riban. Selagi kita boleh go on dengan life kita sekarang, teruskan. Jum, pakat tambah kenalan yang ada. Lagi ramai lagi meriah kan. Hoyeee !!!! satu masalah pulak sekarang ni, macam mana saya seorang yang pemalu ni nak bertukar jadi peramah? Adoyai…

=======================================================================
entry ni sudah terkarang dari pagi tadi lagi dah. gara-gara internet yang laju macam siput, tak dapatlah nak post. tadi sempat layan cerita di TV2 bartajuk Xoxo tapi cerita dah separuh jalan dah. cerita ni walaupun tengok sekejap je masih dapat merasakan cerita ni best. ala-ala kenalah dengan apa yang ditulis kat atas tuh. pasal sahabat baik, sehidup semati. kalau cerita tuh ada ulangan mesti kena layan lagi ni, nak tahu permulaan cerita yang macam mana kan.  

Thursday, May 19, 2011

MAAF !!!


Maaf. Satu ungkapan yang kita akan gunakan bila kita sudah buat salah. Mengucapkan kata maaf memang mudah, namun adakah sudah keikhlasnya kita meminta maaf dengan insan tersabut? Hanya diri sendiri yang tahu kan. Kepada yang memberi kemaafan pun sebaiknya beri dengan seikhlasnya. Buang yang keruh ambil yang jernih.
Tiba-tiba saya terasa bersalah dengan beberapa orang yang pernah dan ada disekeliling saya saat ini. Seperti banyak perkara yang telah saya buat mendatangkan satu perasaan yang tidak enak di hati dan fikiran mereka.
Insan 1:
Awak, saya tahu saya sudah banyak susahkan awak. Biarkan awak tertunggu-tunggu jawapan daripada saya. Awak seorang yang baik, sabar layan karenah saya yang mengalahkan budak tadika ni. Biar masa yang tentukan ye awak. Kalau ada jodoh tak kan ke mana kan. Lagipun saya ada jer disini, awak pun tahu di mana nak cari saya kan. Hehehe.. walau apa pun saya nak minta maaf juga kat awak atas semua salah silap saya buat awak ternanti-nanti sebelum ni. =)
Insan 2:
Awak, saya sendiri tidak tahu kenapa saya perlu hadir dalam hidup awak beberapa hari yang lalu. Untuk mulakan persahabatan yang baru mungkin. Biarpun saya tahu antara kita memang tak ada jalan penyelesaian, tapi perbuatan saya tidak seperti yang saya fikirkan. Jika dulu kita bagaikan kawan baik, sekarang kita seperti musuh. Saya akui, saya yang mulakan keadaan ini. Acap kali ucapan maaf saya berikan dan kata-kata kemaafan juga saya telah terima. Kehadiran saya waktu itu Cuma ingin mengembalikan persahabatan yang pernah kita jalinkan dulu. Tidak terniat di hati mahu mengganggu ketenteraman awak. Tapi, daripada nada awak, saya tahu awak tidak senang akan kehadiran saya. Maafkan saya awak.
Insan 3:
Mesti awak penat dan bosan kan hari-hari saya masej dan telefon. Walaupun awak tak layan tapi saya masih masej kan. Tak tahu malu betullah saya ni. Kan awak? Saya minta maaf dengan awak, saya try untuk tak masej2 awak lagi lepas ni yer. Maafkan saya taw. ;(

Kan, ramai kan.  Lebih daripada 1, ramailah. Hehehe. ;P
Alahai ashiya,banyak betul hati yang kau lukai. Tiada kata yang mampu saya ucapkan selain kata-kata maaf. Saya hanyalah insan biasa yang sering melakukan kesilapan. Tegurlah saya, marahlah saya, nasihatlah saya untuk saya menjadi lebih baik.

Monday, May 16, 2011

ucapan untuk seorang teman

teman.....

dikala ini aku tahu dirimu pasti tengah bergembira, tersenyum manis di bibir tatkala menunggu saatnya MERDEKA. setelah tiga tahun dirimu berhempas pulas, sekarang sudah tiba masanya dirimu bebas. tidak terikat lagi. masih terngiang-ngiang di telinga ku tatkala dirimu mengomel akan beban tugasan, ujian dan exam yang banyak. hanya kata-kata semangat mampu ku salurkan kepadamu waktu itu. selama tiga tahun jugalah waktu perkenalan kita. walau singkat namun cukup bererti. engkau umpama adik, kakak, kawan, sahabat, musuh dan segalanya. dikaulah adik yang membuatkan aku merasa akan tanggungjawab seorang kakak. dikaulah kakak yang membuatkan aku terdiam tatkala dikau menglontarkan pendapat dan nasihat, kadang dikau lebih matang dari usia berbanding daku. dikau sahabat yang ada waktu susah dan senang, dikau jugalah musuh bagiku dalam bersaing mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam exam. tahniah ku ucapkan kepadamu wahai teman, pengajianmu sudah habis. menunggu masa untuk konvo meraikan detik-detik indah ini. tahniah kepadamu, teman.


teman, walau lama kita tidak bersua, bertanya khabar, namun dirimu masih diingatan. kesalahan yang pernah terjadi dahulu aku mohon sejuta kemaafan. maaf juga kerana aku gagal melupakanmu seperti yang kau minta. maaf. perkenalan kita bukan untukku lupakan. aku gembira dapat kenal dirimu. terima kasih kerana pernah hadir dan mengindahkan hari-hari ku suatu waktu dahulu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails