Friday, December 24, 2010

pulun 2 buah novel sehingga mata tidak lagi mampu bertahan

Rutinku di rumah kakak ku ini. Membaca novel sudah semestinya maklumlah novel belambak di sini, pilih saja mana yang berkenan di hati, ambil dan baca. Senang. Tak perlu keluarkan ongkos pun. Itu yang bestnya bila datang sini, sekurangnya bila aku tak tahu nak buat apa, tiada cerita menarik mahu ditonton, kesorangan di kala mereka keluar, novel2 itu tersedia untuk menemaniku.

Novel apa yang aku baca semalam? erm, 2 buah novel aku pulun baca.

Yang pertama ---> MASIH SETIA, karya AISYA SOFEA. 535 muka surat menanti untuk dibaca sehingga habis. Tak perlu untukku bercerita lebih, jika ada sesiapa yang berminat sila saja beli dan baca novel ini. Tagline untuk novel ini adalah :::

Kau bilang sayang
Aku kata benci

Yang kedua ---> BAYANGAN RINDU karya ANIS AYUNI. Entah kali yang keberapa aku membaca novel ini, aku tidak pasti. Namun tiada istilah jemu yang wujud, sehingga dari mula sehingga ke muka yang terakhir aku membacanya. Itulah aku, sehinggakan novel ini menjadi novel yang wajib untuk di baca setiap kali aku di sini. Hehehe.

Salam kasih siapakah yang singgah mengusik ke sanubari ini?

-Tagline untuk novel ini.-


Pelik bukan bagaimana aku dapat habiskan 2 buah novel secepat itu. Bukan cepat mana pun, tapi sehingga subuh jugaklah aku baca. So, berapa jam erk agaknya jika dari petang aku mula membaca. Korang kira sendiri. hehehe. Oklah, sudah agak lama aku tak macam ni, sementara cuti masih bersisa baik digunakan sepenuhnya. Nanti bila kuliah dah start, asigment pasti berbaris minta untuk disiapkan. Ngeri jugak, tapi adat menjadi student kan. Terima ajelah.

Berterima kasih pada dia yang sudi menemaniku di kala aku penat membaca. Tak perlu aku sebutkan namanya kerana awak tahu siapa awak. ;P Ucapan ikhlas untuk awak adalah ini --->

lain masa sudi2 lah teman lagi yer. hehehe

Akan menyusul pula novel ketiga, namun akan bermula malam nanti. Petang ni mahu melaksanakan janji terlebih dahulu. Ok, semua.


p/s ::: berjoging di taman yang berdekatan dengan rumah sahaja. namun bukanlah joging sebenarnya kerana menurut kakak ku berjalan2 keliling taman jerk. hehehe.

---> ada sesiapa mahu ikut, silakan. lagi ramai lagi meriah. hujan sudah berhenti.
<---

4 comments:

cikeewana said...

best ke novel aisya sofea yg br tu??smlm de tgk gak kat mph..
tp fobia da nk beli tkt x sedap...lately novel dy cam da x kick je..x cam dolo2..huhuaa

Ashiya Mizuki said...

kureng cket r...nseb bkn beli sndri kn, 2 y bce jerk..hehehe

cik violet said...

wahhh..sanggup xtdo demi novel? ish2..

Ashiya Mizuki said...

hahaha..semestinya..tyme cuti cam gini r ley pulun novel xtdo t da start kuliah da xder mase da.hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails