Sunday, December 29, 2013

VITAMIN C (Sustained Release Vita-C Plus)

Shaklee Sustained Release Vita-C Plus merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran semulajadi yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa 5 jam. Vitamin C tidak dapat bertahan lama di dalam badan kita, oleh sebab itu badan kita memerlukan vitamin C yang sebegini untuk memenuhi keperluan nutrien harian. Sustained Release Vita-C Plus membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan di dalam badan.


Sebagai satu anti-oksidan yang kuat, vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong :

  • Kesihatan jantung*
  • Kesihatan imun*
  • Keutuhan sel*
  • Kesihatan mata, gusi, gigi, tulang, otot dan pembuluh darah*
Selain itu, vitamin C juga mampu mengekalkan integriti sel serta menolong mengurangkan simptom alergi seperti resdung.

Shaklee juga menawarkan suplemen Vitamin C yang boleh kunyah iaitu Chewable Vita-C Plus. Chewable Vita-C berupaya menguatkan sistem imunisasi* selain memelihara kandungan anti-oksidan semulajadi tubuh. Chewable Vita-C menyediakan Vitamin C setara dengan 1 ½ buah oren dengan rasa oren yang sebenar. Ia ideal untuk kanak-kanak dan mereka yang sukar untuk menelan pil.

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya dengan Whatsapp atau sms di 0132009832 (Rosmaliza) untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Saturday, December 28, 2013

GLA COMPLEX

Suplemen GLA Complex Shaklee mengandungi kombinasi GLA (asid linolenik gamma), Vitamin E dan minyak bunga matahari. GLA digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin.
Prostaglandin merupakan suatu bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.
Minyak bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.*

Antara kebaikan GLA complex Shaklee ialah :
  • Menggalakkan kesihatan semasa haid*
  • Menyokong sistem imun*
  • Minyak borage, yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang dengan mudah terserap

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.
Selain elok untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid, GLA Complex ini juga bagus untuk tekstur kulit, merawat kulit serta menjadikan kulit berseri-seri dan kemerah-merahan.

Melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan tanda-tanda putusnya haid. Mengurangkan simpton biasa seperti bengkak, gatal dan sakit sendi.

Hubungi saya dengan Whatsapp atau sms di 0132009832 (Rosmaliza) untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Friday, December 27, 2013

OMEGA GUARD

Omega Guard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal. Omega-3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA.
Antara fungsi EPA adalah seperti berikut :
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mencegah kanser
  • Mencegah penyakit darah tinggi

Antara fungsi DHA adalah seperti berikut :
  • Mengelakkan kanser (spt kanser payu dara, prostat)
  • Mencegah sakit kulit
  • Menghindar daripada migrain
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan (menghindar rasa kebas pada anggota badan)
KENAPA PERLU MENGAMBIL OMEGA GUARD SHAKLEE?

1. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung*
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan tersebut juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.*

2. Minyak ikan terbaik di dunia
Omega Guard mengandungi minyak satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak.* (satu hidangan omega guard menyediakan 990mg asid lemak omega-3.

3. Ultratulen dan bergred Farmaseutikal*
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.
Antara kebaikan Omega Guard Shaklee :
  1. Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  2. Melicinkan kulit
  3. Memperbaiki masalah alahan kulit
  4. Meningkatkan sistem imun tubuh
  5. Meningkatkan kesihatan hati
  6. Mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  7. Merendahkan kolestrol
  8. Menentang kanser
  9. Mengurangkan sakit kepala
  10. Mencegah salur darah tersumbat
  11. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  12. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  13. Meningkatkan perkembangan memori janin dan kanak-kanak
  14. Memelihara fungsi-fungsi sendi
  15. Mengekalkan tekanan darah normal dan lain-lain lagi.

SIAPA YANG PERLUKAN OMEGA GUARD?
  • Wanita hamil
  • Wanita menyusu
  • Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang baik
  • Kanak-kanak
  • Orang yang mengalami masalah berat badan
  • Pelajar
  • Warga emas 
OmegaGuard
Kaya dengan DHA dan EPA yang dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata. Mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah

Hubungi saya dengan Whatsapp atau sms di 0132009832 (Rosmaliza) untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

AYUH, PECAHKAN LEMAK !!!

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil suplemen Lecithin. Lecithin bertindak seperti ‘Pengemulsi Semulajadi’ di dalam badan kita. Ia bertindak dengan melekat pada lemak sehingga menyebabkan lemak itu terapung di dalam darah dan mencegah lemak tersebut daripada melekat di dinding membran.
LECITHIN

·         Sumber utama kolina yang terlibat dalam penghantaran masej ke otak dan sistem saraf.

·         Memecahkan lemak dan mengurangkan kolestrol.

Pengambilan suplemen Lecithin disertakan dengan senaman yang bersesuaian mampu untuk membakar lemak di dalam badan kita dengan lebih cepat. Selain itu, tabiat pemakanan seharian juga perlu dijaga. Makanan yang berminyak dan berlemak seeloknya dielakkan, serta banyakkan minum air. Isipadu air normal yang seharusnya diminum saban hari adalah sekurang-kurangnya 3 Liter ataupun anda juga boleh menggunakan kaedah pengiraan ini:
Berat badan = 25 kg 
Isipadu air yang harus diminum = 1 Liter. 
# Jika berat badan anda 50 kg, sekurang-kurangnya 2 Liter air harus diminum setiap hari

Hubungi saya dengan Whatsapp atau sms di 0132009832 (Rosmaliza) untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

DETOKS DENGAN SHAKLEE

Kenapa perlu detoks?

Detoks merupakan suatu proses membersihkan usus daripada toksin, lemak dan lendir yang terdapat di dalam usus yang dikeluarkan melalui proses pembungan air besar. Sembelit, najis berbau, kembung, perut berangin merupakan masalah penghadaman yang biasa dialami oleh kebanyakan orang. Sistem penghadaman yang tidak sihat boleh mengakibatkan :
  • Penambahan berat badan
  • Masalah gastrik
  • Perut buncit
  • Kanser usus
  • Masalah penghadaman
  • Sistem imun yang lemah
Sistem penghadaman yang baik adalah asas kepada tubuh yang sihat. Selain untuk mengelakkan masalah kesihatan yang serius, detoks dapat memastikan suplemen atau vitamin dapat diserap oleh tubuh badan dengan lebih baik. Alfalfa dan Herb-Lax boleh bertindak sebagai agen detoks.

ALFALFA COMPLEX

·         Mengandungi Vitamin A, C dan E serta kalsium, potassium, fosforus dan zat besi*
·         Mengurangkan toksin dan merendahkan kolestrol*

HERB-LAX

·         Meningkatkan proses pencernaan secara lawas*
·         Mengurangkan sembelit*
·         Mengurangkan bau badan*
·         Menghilangkan jeragat*

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.
Herb-Lax boleh bertindak sebagai julab dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi menyingkirkan toksin dari usus. Herb-Lax menggalakan tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semulajadi tubuh badan.

Alfalfa dan Herb-Lax adalah vitamin yang sesuai untuk detoks. Selepas dinding usus kita bersih, badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap yang optimun. Oleh sebab itu, detoks sangat penting sebelum pengambilan lain-lain vitamin atau suplemen supaya tahap penyerapan nutrien oleh badan berlaku pada kadar yang optimun.

# Diet yang kaya serat, air yang mencukupi dan senaman menyumbang kepada pembuangan air besar yang teratur. 

Hubungi saya dengan Whatsapp atau masej di 0132009832 (Rosmaliza) untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Thursday, December 26, 2013

Dunia Ashiya bersama Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua pembaca.

Setahun lebih Dunia Ashiya menyepi, akhirnya kini muncul dengan entry terbaru. Menyepi bukan bermakna hilang, cuma minat untuk menulis seperti tiada. Maaf jika ada yang menanti balasan komen.

Baru-baru ini, my Kakak memperkenalkan satu produk kepada saya. SHAKLEE. Saya percaya rata-rata di luar sana maklum akan produk ini. Namun, bagi yang baru seperti saya, mari kita berkenalan serba sedikit tentang Shaklee.


Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat.

Nutrisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun.

Saya pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia. ID saya 1082330 (ROSMALIZA)
KENAPA ANDA PERLU MENGAMBIL SUPLEMEN?

  1. Kita sering terdedah kepada pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan.
  2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati daripada pemakanan.
  3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.
  4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok.
  5. Rutin pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak hiraukan diet yang seimbang.
  6. Gangguan penyerapan nutrien daripada makanan akibat daripada pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan.
  7. Kehilangan nutrien dalam makanan, terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera dan sebagainya.

KEISTIMEWAAN PRODUK SHAKLEE :

1. Sentiasa Selamat

  • Lebih daripada 80,000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan ia berkesan dan tulen.
  • TIADA paraben, Bisfenol-A, Peluntur, Perisa Tiruan, Pewarna Tiruan, Lemak Trans dan bahan-bahan larangan lain.
2. Sentiasa Berkesan

  • Lebih US$300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk.
  • Bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen.
  • Disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan.
3. Sentiasa Mesra Alam

  • Produk mesra alam yang benar-benar selamat untuk anda, keluarga, rumah dan juga bumi anda.
  • Peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yang mesra alam.
STATUS HALAL

Produk Shaklee untuk pasaran Malaysia telah disahkan HALAL oleh Islamic Services of America (ISA), badan yang diiktiraf oleh JAKIM.
"Memandangkan manusia adalah sebahagian daripada isi alam, sudah tentulah kewujudan kita juga amat bergantung kepada produk berasaskan alam semulajadi." - Dr. Shaklee
Berikut adalah serba sedikit perkongsian mengenai Shaklee yang boleh saya nyatakan. Lain masa saya akan menceritakan mengenai produk-produk yang terdapat di dalam Shaklee ini. Sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails