Wednesday, December 22, 2010

perasaan lega bila hutang dilangsaikan kepada pihak berwajib.

hari ini misi untuk melangsaikan hutang telah berjaya dilunaskan. hutang pengajianku yang hampir mencecah 2k gitu. adoyai, fenin taw memikirkan duit yang mengalir keluar daripada akaun sebanyak itu. hope, tiada lagi hutang berbangkit selepas ini, terutamanya yuran penginapan. semoga sebanyak itu sahajalah yurannya untuk sem ini. hutang kepada rakan kongsi masih belum dilunaskan, kira beruntung masih boleh ditangguhkan tanpa faedah gitu. cayalah kamu cik VIOLET. sayanggggg kamu lebih..mmmmmuuuuaaaahhhh.. hahahaha.

nampaknya, catuan perbelanjaan sepanjang sem ini harus dijalankan bermula sekarang. namun catuan daripada aktiviti makan mungkin tidak akan berlaku, mudah-mudahan. adakah sesiapa yang sudi menawarkan diri menjadi 'bank' kepadaku sepanjang sem ini? menampung perbelanjaan untuk makan sahaja sudah memadai. hehehe. alangkah indah dan bagusnya jika terdapat seseorang di luar sana yang sudi mendeliverykan lunch or diner ku selepas ini. berangan sahajalah cik ashiya nampaknya. hahaha

pendaftaran subjek juga sudah dilakukan. subjek yang mungkin di ambil untuk sem ini adalah seperti berikut :::

- SKPS 6004 Metodologi (tesis)
- SKPS 6123 Prosedur Penilaian Impak Alam Sekitar
- SKPS 6133 EMS
-SKPS 6153 Pengurusan Lembangan Saliran

namun, semuanya bergantung pada minggu hadapan, kerana aku bercadang untuk memasuki semua kelas bagi subjek yang ditawarkan. selepas mendengar taklimat berkenaan subjek berkenaan barulah senang untuk memikirkan yang mana harus diambil. tak gitu? hehehe.



p/s ::: semangat pembelajaran untuk sem baru masih belum membuak2. datanglah semangat itu kepadaku secepatnya. gambatee ne.. =)

2 comments:

THE GREEN said...

salam...

ye, saya mmg org tganu.. :-D

ramai lg sbnrnya blogger ni dr kalangan org tganu...

cik violet said...

hahaha...

nampaknye kene charge bunga nih...
hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails