Thursday, January 09, 2014

ohh my monsun

"ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari."

Wahh, siap bergurindam lagi tu, macam manalah hujan tak mencurah kan. mendengar suara yang penuh kemerduan ni menyanyi rupanya. pergh, itu adalah auta semata-mata.

cuaca sejak seminggu ni tidak menentu. sekejap panas, sekejap hujan, tak pun satu hari tu mendung je. maka, aktiviti menjemur pakaian dalam rumah masih berterusan selagi angin monsun timur laut ni tidak habis. tambahan lagi, hujung bulan ni tahun baru cina, lagilah cuaca semakin tidak menentu. apa-apa pun, jaga diri ye kalian semua.

#sediakan payung sebelum hujan. peace !!

Wednesday, January 08, 2014

Bau badan.. POSITIF @ NEGATIF


Terkejut.

Itulah apa yang aku rasa masa terpandang akan tajuk berita ni.

"BAU BADAN BUSUK CETUS SIFAT POSITIF ORANG SEKELILING". 

Betul ke?Bukankah kalau seseorang tu mempunyai bau badan yang kurang enak ni sebolehnya kita cuba untuk tidak mendekati orang tersebut. Bukan mahu bersikap memilih tapi satu langkah untuk tidak menyakitkan hati orang tu melalui tindakan kita nanti. Contoh, mengipas2 hidung, pandang ke arah lain, endah tak endah, cuba berada pada jarak yang agak jauh.. Kalau sudah macam ni, bagaimana komunikasi berkesan akan terjadi. kan kan..

Namun, satu kajian membuktikan seseorang yang mengeluarkan bau badan busuk mampu menarik perhatian orang sekeliling untuk mendekati mereka. Ia bermaksud, orang ramai cenderung untuk memberikan lebih kerjasama ketika berurusan dengan seseorang yang mempunyai bau badan busuk berikutan timbul rasa simpati kepada mereka.

Petikan daripada artikel yang terdapat dalam KOSMO (Ahad, 5 Januari 2014) segmen Kesihatan. Lain-lain petikan boleh baca kat KOSMO ONLINE yer.. hihi

Walau apa pun, moh ler kita masing-masing jaga kebersihan diri ea.. peace !!

#teringat pulak cerita Dollah hapak lakonan Fizo Omar..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails