Thursday, June 21, 2012

motivasi diri



memudahkan urusan orang lain, InsyaALLAH urusan kita akan dipermudahkan oleh ALLAH. =)

memulakan hari dengan sesuatu yang baik, InsyaALLAH kita menjadi lebih bersemangat pada hari itu =))

mempositifkan diri, bersikap tenang sesuatu yang sukar untuk dibuat. namun InsyaALLAH jika dilatih pasti BOLEH.. =)))

sentiasa berusaha menjadi lebih baik daripada semalam

Sunday, June 17, 2012

Adam Hawa



"apa yang saya rasa sekarang, rasa sakit sangat di hati. sudah lama saya pendam, cuba bertahan namun saya tewas juga. Perubahan yang semakin ketara membuatkan saya berasa tawar hati untuk meneruskan niat, namun bila memikirkan hati ramai pihak yang perlu dijaga saya bertahan. Di mana silap saya bila dilayan seperti tiada perasaan. kamu beruntung, tak perlu merasai keperitan yang saya tanggung sekarang. kamu lebih tabah daripada saya. Kamu seorang yang keras hati dan seperti tiada perasaan, saya teringin menjadi seperti kamu untuk saya kuat menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang. "

ALLAH mendatangkan orang yang salah kepada kita sebelum mendatangkan jodoh yang sebenarnya. Yakin lah dengan janji ALLAH bahawa setiap kita akan ada pasangannya, ada sang ADAM untuk sang HAWA. Berpadalah mencurahkan kasih sayang kepadanya sebelum 'akad' dilafazkan kerana urusan jodoh bukan di tangan kita. Bercinta pada yang telah HALAL


#terkedu apabila dikatakan seorang yang keras hati#
#menilai komen yang diberikan daripada sudut positif. itulah yang terbaik. mempositifkan minda merupakan satu terapi yang baik bagi merawat hati dan perasaan yang terluka#


Saturday, June 16, 2012

S.A.B.A.R

sabar,
lima huruf yang membentuk perkataan ini
S.A.B.A.R

sabar,
satu perkataan yang mudah diucap
oleh mulut yang berbicara dan berkata

sabar,
bukan mudah untuk melaksanakannya
andai tidak seiring dengan kata hati

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

wahai insan yang berduka
sedang dirimu yang merasai beban tekanan
sedang dirimu yang menanggung seksa
diriku hanya mampu berdoa
tabahlah engkau menghadapinya
tanamkan dalam dirimu
DIA SAYANG kamu
ujian ini untuk menguatkan keimanan kamu sebagai hambaNYA
hapuskanlah air matamu dari mengingati episod duka
hapuskanlah air matamu dari berbicara mengenai semalam
percayalah DIA telah menetapkan yang terbaik untuk kamu
bangkitlah
bersamalah kita berubah menjadi lebih baik daripada semalam.
kembalilah menjadi insan yang aku kenal sebelum ini..
AKU SAYANG KAMU..
KAMI  SAYANGKAN KAMU

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada Yang Sayang

Assalamualaikum, wahai diri...


diri,
jangan pernah rasa lelah
andai badai datang melanda
tabahlah engkau menghadapinya.

diri,
jangan pernah rasa putus harap
andai rezeki belum kunjung tiba
tetapkan hati dan minda untuk terus berusaha.

diri,
jangan engkau berasa sedih
andai dugaan datang bertimpa-timpa
teruskan berusaha sehabis daya
suatu masa engkau akan berjaya.



-setiap dugaan, ujian yang ditimpa kerana DIA sayangkan diri kita. jadikan ujian ini sebagai benteng untuk memantapkan iman dan kepercayaan kita kepada-NYA. Ya ALLAH, KAU kuatkan hatiku untuk terus tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan, istiqamahkan aku dalam mengerjakan suruhan-MU. Amin -

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails