Saturday, December 04, 2010

pulang bertapa :: jenguk dunia ashiya yang sekian lama kesepian tanpa new post

ketenangan air terjun di Lata Jarum, Raub, Pahang

MySpace
selamat bertemu kembali wahai pembaca sekalian.
maaf sekiranya terdapat peminat *wujudkah golongan ini untuk blog ini??* yang ternanti-nanti new post dalam dunia ashiya ni. setelah sekian lama tuan punya blog cuti tanpa gaji, rasanya telah tiba saat dan waktunya untuk kembali ke dunia blogging. hahaha..

maklumlah di kampung tercinta, line internet memang tiada. untuk ke CC, terasa malas, jarak yang jauh juga menjadi halangan, so berhabuklah jawabnya. tapi kali ini pun belum tentu dapat mengupdate blog sentiasa, tunggu akan kerajinan dan idea yang ada. hahaha..MySpace

beberapa hari yang lepas, aku dan bersama budak pengurusan persekitaran yang lain telah ke Lata Jarum, Raub menjalani kerja lapangan. sebagai memenuhi syarat untuk mendapat 30% markah pada mulanya, tetapi setelah sampai ke sana melihat akan kehijauan hutan, deruan air terjun yang mengalir. sungguh mendamaikan. jika korang mempunyai masa yang terluang dan sememangnya adalah hobi korang untuk bercuti ke kawasan hutan hijau so aku suggestkan pada korang untuk ke sana.

walaupun begitu penat menjalankan survey, tapi kami telah mendapat satu hadiah yang sememangnya tidak akan kami lupakan. melihat bunga refflesia atau juga dikenali sebagai bunga Pakma di depan mata. memang satu keseronokan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata selain dapat memanjakan diri di dalam air terjun yang sejuk.

geng wonder'ahh..hehe.. zaah, paah, caah, liah & niah (tiada dalam gambar)


so, kat atas tu adalah gambar yang sempat di snap (walaupun banyak lagi dalam koleksi ni, tapi boleh upload sikit-sikit dlu ye.) lain kali diupload lagi..hehe


3 comments:

miszcaah said...

kedamaian di Lata jarumm...

xsabar nk tgk pic yg len g..ahaks..

Ashiya Mizuki said...

wooo, miszcaah komen..
okey2, nanti i masukkn pic yang lain k..hehe

cik violet said...

air terjun y sejukkkkk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails