Sunday, December 26, 2010

team Malaysia, anda sememangnya hero kami



seronok tengok game tadi MySpace

game yang penuh mendebarkan sehingga main lebih 90 minit. dan penah jugak terhenti gara2 sikap segelintir penyokong yang tidak beretika. walau apa pun, tindakan menghentikan permainan beberapa minit <> semacam menaikkan semangat pemain kita untuk terus menyerang sehingga menghasilkan gol, gol dan gol lagi. MySpace untuk gerakan chantek yang dilakukan oleh Norshahrul Idlan Talaha. sememangnya dia layak untuk dapat award pemain paling bernilai. <>


gandingan yang mantap ---> Safee, Norshahrul & Shafiq. namun pemain lain pun mantap jugak.

2 gol yang dilakukan oleh Safee Sali dan 1 gol oleh Ashaari Shamsudin memberikan kita bekalan yang cukup selesa untuk dibawa ke Indonesia pada 29.12.2010 nanti. namun, jangan mudah merasa selesa sangat kerana anda, pemain Malaysia akan berjuang menentang bukan hanya 11 orang pemain lawan namun mungkin hampir 1 stadium yang dipenuhi penyokong lawan --->gelombang merah.

kami akan terus menyokong hero2 Malaysia sehingga ke penghujungnya. Malaysia mampu untuk menjulang Piala AFF untuk kali yang pertama kali ni. MALAYSIA BOLEH !!!

2 comments:

Tuan Cimot said...

MU pun menang gak..hahah..

Ashiya Mizuki said...

hahaha...itu sudah semestinya..jangan jelez k..ngeee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails