Sunday, November 07, 2010

semangat berblogging :: datang bergolek-golek..lalala~~

blogku ini sudah hampir berusia setahun rupanya. tinggal sebulan lagi, maka genaplah umur dunia ashiya ini. hihi. motif aku buat blog? terpengaruh dengan seorang rakan sebenarnya. cik violet tuan punya blog coretan hati sekarang blog semacam diari untukku. hihi

sejak dua menjak ni, semangat berblongging membuak. seperti letusan Gunung Merapi agaknya. isk, sungguh tidak logik perumpaan ini. bukan terlalu mengejar aliran trafik dan follower yang ramai, tapi bila melihat ada yang sudi menyinggah dan baca entry yang ku post. terharu. rasa semangat. korang pun mesti terasa macam itu jugak kan. tak banyak skit pun mesti ada. sehari dua ni, boleh dikatakan ramai jugalah yang sudi ziarah meningkatkan trafik dan bilangan follower yang bertambah seorang demi seorang. --> sebenarnya bilangannya adalah tidak seberapa, tapi aku ingin berkongsi jugak akan gembira ini <--

tengs sangat-sangat dekat korang yang sudi singgah dan tidak juga lupa juga kepada yang sudi menjadi follower blog picisan ini. walaupun bilangannya sedikit, tapi sudah cukup bermakna untukku sebagai blogger baru. tengs kepada blogger BEN ASHAARI yang sudi mentionkan namaku di salah satu entry beliau sehingga ramai blogger yang singgah di sini datang daripada entry itu.



--> jemputlah datang ke dunia ashiya lagi. jangan malu jangan segan. sama-sama kita berkongsi sesuatu di sini..menunggu gerangan follower yang ke-100..siapalah agaknya orang itu.. lalala <--

5 comments:

violet chem said...

semangat gilak ar..haiyooo..

Ashiya Mizuki said...

semangat datang bergolek bila berblogging, tapi tang asimen, dush..gedebuk..huhu

ZACK ENTRY said...

singgah sini..=)

Ashiya Mizuki said...

samat singgah zack..jemput masuk..huhu

violet VC said...

asiment,,bedebak jatuh..muahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails