tapi, aku masih di sini. menunggu saat untuk pulang. jika tiada take home exam ni, agaknya sudah lama aku berangkat. hihi.. sebenarnya alasan semata-mata. siapa suruh asyik tangguh menangguh kerja tu..kalo tak, malam 4hb lagi aku sudah cabut. sekarang kenalah tunggu hari isnin, untuk hantar tugasan serta take home exam tu. tunggu nak mengedit mana-mana part yang patut then print.
petang tadi baru pergi beli tiket bas. destinati yang dituju --> Kerteh, Terengganu. teruja sangat nak balik ni, maklumlah sudah hampir 2 bulan tidak pulang -mesti ada yang bercakap, baru 2 bulan sudah kecoh- bagi aku anak mi+pok ni, 2 bulan tu sudah cukup lama. hihi. Terengganu sekarang sudah mulai hujan, menurut Mi, petang tadi pukul 5, kampungku dilanda angin kuat -ribut-.. nasib tiada perkara buruk yang berlaku. walau hujan, yang penting kita berada di rumah sendiri. itu yang penting. kan.
lagi satu nak jumpa sepupu, 2 pupu yang comel2 ni. rindu kat dorang.
lagu Balik Kampung, Nyanyian Arwah Sudirman. semakin dekat, semakin kuat lagu ini terpasang. hihi
tapi, dalam aku teruja untuk pulang hatiku dilanda kerisauan. akan berita kemalangan yang membabitkan bas ekpress. sungguh aku risau.
5 comments:
xdga lagu balik kg pon..hehe
semoga selamat pulang ea..;)
hati2..
pesan kat pacik bas hati2 taw...
hihi..dalam hati sudah nyanyi itu lagu..ahaks~~
doakan tiada apa2 sepanjang perjalanan sy nanti ya..
Selamat pulang ke kampong halaman! InsyaAllah, semoga selamat sampai, amin :)
tenkiu2..huhu..
eh2.. org kerteh... :)
Post a Comment