Tuesday, November 02, 2010
Para Penyabar Akan Peroleh Hasil Yang Terbaik
Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud : Jalan keluar dan kelapangan hati itu ada dalam keyakinan dan keredaan hati. Manakala keresahan dan kesedihan itu ada dalam keraguan dan penolakan.
Dia juga telah berkata : Orang yang banyak bersabar akan memperoleh yang terbaik.
Abbab bin Taghlab berkata : "Saya pernah mendengar seorang Arab badui berkata: Sikap yang paling baik akan muncul dari seseorang ketika ia ditimpa musibah, kerana ia akan menjadikan sabar sebagai senjata menghadapi musibah tersebut dan akan memberinya ilham untuk terus berharap supaya musibah itu segera berakhir. Dan kerana kesabarannya, ia seperti melihat jalan keluar dan bantuan itu berada di depan matanya kerana tawakalnya dan persangkaan baiknya kepada Allah. Apabila orang sudah sampai pada tingkatan ini, Allah pasti akan memberi semua yang diperlukannya, akan menghilangkan semua yang menyukarkannya dan akan mengabulkan semua permintaannya. Dan dia selamat bersama agama, kehormatan dan sahsiahnya."
Seorang yang bijaksana berkata : "Orang yang berakal akan menghibur dirinya jika hal-hal yang tidak disukainya menimpanya. Alasannya:
Pertama: Ia bergembira kerana masih ada sesuatu untuknya.
Kedua: Kerana ia masih dapat mengharap jalan keluar dari apa yang menimpanya.
Sebaliknya, orang yang bodoh akan ketakutan menghadapi ujian yang menimpanya, kerana:
Pertama: ia mesti banyak merengek bantuan kepada orang lain.
Kedua: Ketakutannya akan sesuatu yang lebih besar yang akan menimpanya.
Sebagaimana disebut di atas, ujian itu adalah sesi latihan dari Allah yang ditetapkan kepada makhluk-Nya dan latihan Allah akan membukakan hati, pendengaran dan penglihatan.
hak cipta oleh,
Ashiya Mizuki
Labels:
berakal,
bodoh,
kebaikan daripada sabar,
perihal kesabaran,
sabar,
ujian Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
pasni nak lebih banyak bsabarlah..
thanx share ea cik ashiya :)
yup..sama-sama violet...
saling mengingatkan...
setuju 190% !~
mungkin membantu insyaAllah :
http://ungusayso.blogspot.com/2010/11/let-fate-fares-you-better.html
Post a Comment