Friday, March 12, 2010

GLORY 4 Manchester United...mantap r..



post ni aku copy jerk daripada KOSMO...la..la..la...


MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Fergu- son melemparkan cabaran kepada Wayne Rooney untuk mengatasi rekod jaringan Cristiano Ronaldo.

Dua jaringan Rooney di Old Trafford awal pagi semalam menyaksikan United membelasah AC Milan 4-0 pada aksi kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara.

Ia menjadikan jumlah jaringan Rooney musim ini meningkat kepada 30 gol, hanya kurang 12 gol lagi untuk menyamai jumlah 42 jaringan yang dilakukan Ronaldo ketika membawa United menjulang trofi berprestij Eropah itu pada musim 2007/08

"Ia merupakan satu cabaran. Saya gembira Rooney berjaya mencapai 30 gol tetapi secara jujurnya, dia hanya perlu mene- ruskan peningkatan," kata Ferguson.

Dalam pada itu, Ferguson berkata, beliau tidak memikirkan pasukan mana akan mereka hadapi pada suku akhir nanti.

"Pada perlawanan ini, kami telah melakukan persembahan yang cukup mengagumkan pada separuh masa kedua.

"Kami bermula dengan gol awal sebaik permainan bersambung dan ia telah memudahkan tugas kami mematikan semangat lawan.

"Apabila kami berjaya meneruskan rentak permainan yang baik selepas itu, pasukan lawan pasti sukar untuk menandinginya. Ia persembahan terbaik kami.

"Dengan barisan pemain yang saya ada ini, saya tak kisah siapa yang akan menanti kami pada pusingan seterusnya nanti," jelas Ferguson penuh yakin.

Pada aksi semalam, Rooney membuka tirai jaringan United apabila menanduk masuk hanta- ran lintang Gary Neville pada minit ke-13.

Hanya selepas seminit babak kedua bermula, Rooney meledak gol kedua apabila menerima lorongan cantik Nani sebelum Bec- kham masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-64.

Bagaimanapun, United terus garang dengan gol ketiga mene- rusi Park Ji-sung pada minit ke- 59 dan tandukan Darren Flet- cher minit ke-87 memastikan kemenangan 4-0. - Agensi


"hope MU dapat ulangi kejayaan jadi JUARA EPL +++ Liga Juara2 tuk musim ni..hoho...go MU...go MU..go MU..."

2 comments:

violet VC said...

go go go mu...

go go rooney

(padahal b4 nih sebuk ngan cR, skg cR da kua, berpaling tadah pd rooney plak>haha)

Ashiya Mizuki said...

xbis3 ngn CR die...huh...
tnpa CR pon mu ley meng r...
tgk r real mdrid skng, da klah ngn lyon laupon ad CR..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails