Friday, March 19, 2010

Cinta bersandarkan nafsu

Oleh Zalifah Mohd Yatim
zalifah@hmetro.com.my
2010/03/19


KUALA LUMPUR: Matlamat cinta remaja lelaki tidak sama dengan remaja perempuan kerana ia bersandar keinginan seksual dan mahu menyahut cabaran rakan sebaya tetapi tidak sanggup bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.

Antara maklum balas yang diberikan remaja lelaki dalam kajian dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ke atas pelajar di lima sekolah menengah di negara ini, sekiranya teman wanita hamil, mereka akan menuduh kehamilan disebabkan perempuan itu mengadakan hubungan dengan lelaki lain, melarikan diri malah sanggup membunuh untuk menghapuskan bukti.


Sedangkan remaja perempuan beranggapan teman lelaki akan menjadi suami dan ia menyebabkan mereka sanggup menyerahkan jiwa dan raga tanpa mengetahui matlamat cinta remaja lelaki.


Pengarah Bahagian Reproduktif Manusia LPPKN, Dr Norliza Ahmad, berkata akibat kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam perhubungan antara wanita dan lelaki menyebabkan kes kehamilan turut membabitkan remaja perempuan yang mempunyai tahap akademik yang baik.


“Kes kehamilan di kalangan remaja turut membabitkan mereka yang mempunyai kelayakan akademik tinggi kerana kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam soal berkenaan menyebabkan mereka gagal mengawal emosi dan tekanan terhadap perasaan dan akhirnya terperangkap,” katanya.


Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) Remaja LPPKN pada forum Konsultatif PKRS Apa Acuan Malaysia?, di sini semalam, yang dirasmikan Pengerusi LPPKN, Datuk Alex Mathews serta turut hadiri Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman.


Forum itu disertai lebih 200 peserta terdiri wakil agensi kerajaan, kaunselor, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), badan bukan kerajaan (NGO), ibu bapa, penuntut universiti dan pelajar sekolah menengah.


Tiga lagi panel yang membentangkan kertas kerja ialah Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Zakaria Mat Yusoff serta Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan-persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia, Prof Madya Dr Mary Huang.


Katanya, program pendidikan itu diadakan bagi melengahkan hubungan seks di kalangan remaja selain memelihara dan memupuk kesihatan serta kemahiran yang diperlukan untuk hubungan yang bertanggungjawab.



SUMBER :: Harian METRO


ape makna cinta yang sebenarnya??..tepuk dada tanya IMAN...

2 comments:

Eyqa Zaque said...

cinta sungguh luas. hanya mereka yg mengalami sahaja dapat mendalami..

Ashiya Mizuki said...

phewittt....
billet da mengalami kn???
pe raseY??
share3 r cket..
huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails