Saturday, April 24, 2010

IMAM AL-GHAZZALI MENULIS.....


Imam Al-Ghazzali mengatakan ada empat (4) peringkat zikir,

  1. Zikir hanya dengan lisan.
  2. Zikir dengan lisan disertai secara paksaan (takalluf).
  3. Zikir dengan hati dan hadirnya pada lisan tanpa paksaan.
  4. Zikir yang benar-benar membekas ke dalam hati sanubari sehingga orang yang berzikir merasa tenggelam di dalamnya.
Imam Al-Ghazzali menjelaskan bahawa zikir peringkat pertama sedikit manfaatnya dan lemah kesannya.

Sedangkan zikir hati ialah tafakur mengingati ALLAH, merenungi dan memikirkan kebesaranNYA, atau dalam hati selalu menyebut ALLAH (zikir ismuzzat).

Secara lahiriah, apabila berzikir seharusnya :

  1. Berkelakuan yang baik.
  2. Jika ia dalam duduk hendaknya ia menghadap kiblat.
  3. Bersikap tenang dan tidak tergopoh dalam melafazkan zikir.
  4. Tempat berzikir itu harus suci dan bersih terlepas dari segala yang membimbangkan perasaan.
  5. Hendaknya orang yang berzikir itu membersihkan mulutnya sebelum ia mulai berzikir.
Namun secara umum dibolehkan kita berzikir dari segala keadaan sebagaimana tertera dalam Al-Qur'an :

"Orang-orang yang mengingati ALLAH sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lalu berkata) : 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Ali - Imran : 191)


Secara batin apabila berzikir seharusnya :

  1. Menghadirkan hatinya.
  2. Sebolehnya menghayati makna zikir itu dikala lidahnya meyebut kalimah zikir.
  3. Sentiasa khusyuk dan bersifat merendah diri kepada ALLAH.


Antara kelebihan berzikir :

  • Melahirkan budi pekerti yang luhur ::::

Firman Allah :
"Bacalah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab, dan dirikanlah solat kerana sesungguhnya solat itu dapat menghalangi manusia daripada keburukan dan kemungkaran dan sesungguhnya mengingati ALLAH (berzikir) lebih besar, dan ALLAH mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al - Ankabut : 45)


  • Mendekatkan diri kepada ALLAH ::::

Firman Allah :
"Kerana itu, ingatlah kamu kepadaku nescaya aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu." (Al - Baqarah : 152)

  • Menenangkan jiwa ::::

Firman Allah :
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allh, hati menjadi tenteram." (Ar Ra'ad : 28)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails