ini perkara biasa untuk mereka yang sedang bercuti macam aku sekarang. maklumlah bila duduk di rumah semua benda nampak sedap terutamanya yang mak, umi, ibu, mama masak. tiada masakan yang dapat tandingi masakan mak sendiri kan. hehehe. padahal bukan yang mak masak jer sedap, yang beli bungkus kat kedai pun sedap jugak.
so, itu jugaklah yang terjadi kat aku. bukan apa, lipid yang tersedia ada tak payah cakaplah memang menten banyak. dengan rasmi aktiviti menambah lipid start hari ni. menu untuk siang hari sahaja, aku tak tahu berapa kalori dah berjaya diternak
. korang nak tahu apa jer yang aku sumbat lam mulut hari ni? pagi + lunch + petang = nasi lemak + nasi lemak lagi + roti canai + nasi lemak lagi. walaupun sebenarnya nampak 2 menu jer tapi sebenarnya 3 bungkus nasi lemak dah berjaya ditelan. wah, memang berlemak lemaklah badan i ni ha.
misi untuk diet sentiasa GAGAL. lebih lebih lagi bila kat rumah, kalau dah di kolej pun tak boleh macam mana kat rumah kan. haiya, macam manalah agaknya perubahan diri selepas ni bila cuti 4 bulan + sem akan datang duduk di rumah? kita tunggu jelah. =)
1 comment:
haha...jelesss r tgk die bela lemak..:(
Post a Comment