ihsan ::: pakcik google
Sahabat baik? Kawan baik? Or apa-apalah gelaran yang kita gunakan untuk mereka yang berada dekat dengan kita. Yang selalu ada time kita susah or senang. Yup, selain family insan inilah yang selalu menemani kita. Insan ini bukan sahaja yang sama jantina tapi mungkin juga berlainan jantina.
Dalam meniti hari-hari, banyak perkara yang berlaku di luar kawalan kita. Kadang kita hilang kewarasan akal dalam berfikir dan bertindak. Bila emosi menguasai diri, kita hilang percaturan. Namun, dengan adanya insan ini, kita dibimbing untuk tidak terus alpa dan bangkit daripada rasa kekecewaan. Bagus bukan bila ada insan seperti ini bersama-sama kita.
Sahabat, kawan baik atau istilah BFF bukan ditentukan dengan masa. Bukan, bila sudah lama berkawan menjadi jaminan dialah BFF kita. Bukan. Mencari BFF yang sehati dengan kita bukan perkara senang. Bersyukurlah kepada yang ada. Sangat beruntung kepada yang ada, mempunyai kawan yang boleh meluah segala rasa, meminta pendapat, berkongsi minat, atau apa-apa sahaja.
Namun, dalam mencari kita tidak harus melupakan diri sendiri. Menjadi diri sendiri, tidak mengikut kehendak orang lain semata-mata. Yang penting, JUJUR dan IKHLAS dalam menghulurkan salam persahabatan. Sikap memberi dan menerima juga penting. Teringat kata-kata my kezen, lebih baik kedekut daripada berkira. =)
Bukan satu kemestian pun untuk ada BFF kan. Kalau tak ada, so wat. Biarlah kan. Berkawan biar beribu-riban. Selagi kita boleh go on dengan life kita sekarang, teruskan. Jum, pakat tambah kenalan yang ada. Lagi ramai lagi meriah kan. Hoyeee !!!! satu masalah pulak sekarang ni, macam mana saya seorang yang pemalu ni nak bertukar jadi peramah? Adoyai…
=======================================================================
entry ni sudah terkarang dari pagi tadi lagi dah. gara-gara internet yang laju macam siput, tak dapatlah nak post. tadi sempat layan cerita di TV2 bartajuk Xoxo tapi cerita dah separuh jalan dah. cerita ni walaupun tengok sekejap je masih dapat merasakan cerita ni best. ala-ala kenalah dengan apa yang ditulis kat atas tuh. pasal sahabat baik, sehidup semati. kalau cerita tuh ada ulangan mesti kena layan lagi ni, nak tahu permulaan cerita yang macam mana kan.
No comments:
Post a Comment