"apa yang saya rasa sekarang, rasa sakit sangat di hati. sudah lama saya pendam, cuba bertahan namun saya tewas juga. Perubahan yang semakin ketara membuatkan saya berasa tawar hati untuk meneruskan niat, namun bila memikirkan hati ramai pihak yang perlu dijaga saya bertahan. Di mana silap saya bila dilayan seperti tiada perasaan. kamu beruntung, tak perlu merasai keperitan yang saya tanggung sekarang. kamu lebih tabah daripada saya. Kamu seorang yang keras hati dan seperti tiada perasaan, saya teringin menjadi seperti kamu untuk saya kuat menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang. "
ALLAH mendatangkan orang yang salah kepada kita sebelum mendatangkan jodoh yang sebenarnya. Yakin lah dengan janji ALLAH bahawa setiap kita akan ada pasangannya, ada sang ADAM untuk sang HAWA. Berpadalah mencurahkan kasih sayang kepadanya sebelum 'akad' dilafazkan kerana urusan jodoh bukan di tangan kita. Bercinta pada yang telah HALAL
#terkedu apabila dikatakan seorang yang keras hati#
#menilai komen yang diberikan daripada sudut positif. itulah yang terbaik. mempositifkan minda merupakan satu terapi yang baik bagi merawat hati dan perasaan yang terluka#
No comments:
Post a Comment