Saturday, October 23, 2010

tugasan sampai subuh :: PERGHHH...waktu yang lama mengadap laptop :: berbaloi




dua tiga minggu ini terasa penat yang mat pabila tugasan berlambak-lambak minta disiapkan. walaupun penat menghantui diri, tapi digagahkan juga kudrat yang ada demi menyiapkan tugasan satu per satu..tiga minggu berturut-turut, tugasan ETIKA ALAM SEKITAR kena disiapkan dan dihantar..bermula dengan peringkat tempatan, negara dan akhirnya global. yang paling menyeksa pabila sesi presentation tugasan peringkat global..paling lama sesi 'soal siasat' yang terpaksa aku dan violet chem tempuh..hampir 50minit kami berdiri di depan mendengar setiap komen yang diberi sehingga kami terdiam kerana kekeringan idea untuk menjawab. arghhh..dugaan..

malam tadi, aku bersama violet chem berjaga demi siapkan satu lagi tugasan etika (tapi berlainan prof..). idea dipaksa keluar, otak dipaksa berfikir, mata dipaksa terus celik dan badan dipaksa untuk bertahan serta jari-jari yang menaip dipaksa bekerja. pengorbanan yang akhirnya membuatkan kami tersenyum senang == seperti lagu SENYUM == TUGASAN SIAP.!!..puas rasanya pabila siap, jika ada kemahuan, dengan satu malam tugasan pasti boleh siap punya..!! kan VIOLET??..huhu.. tapi semestinya disertakan ramuan-ramuan secukup rasa dalam mempreparekan diri 'berperang' dengan tugasan itu..

namun, satu tugasan lagi masih menanti untuk disiapkan..bukannya aku sudah surrender, tapi serius...tugasan yang satu ini aku tidak ada idea untuk membuatnya..waste minimazation dan tempat yang aku pilih McD.. APA, BAGAIMANA, KENAPA semuanya bermain difikiran..tapi takpe, akan aku 'kerjakan' kau juga wahai WM..tunggulah masanya.. THINK POSITIF...



bila aku mahu tidur ni, badan minta kerehatan selepas penat bekerja..tapi mataku masih lagi tidak mahu lelap. mungkin pabila pekena teh tarik + roti bakar dulu baru boleh tidur agaknya == SARAPAN PAGI ==..hahaha..


kata hati ::: exam bakal menjelang, tapi masa dihabiskan untuk menyiapkan tugasan..paling awal examku tanggal 26.10.10 jam 8 malam..diikuti 28.10.10...arghhh..prepare2... ~selamat menempuh minggu exam rakan-rakanku sekalian~

1 comment:

cik violet said...

memang gilak ar kte dua...hahaha...
yes..berjaya beb!!

1 more....1 more...;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails