Showing posts with label terengganu. Show all posts
Showing posts with label terengganu. Show all posts

Saturday, November 06, 2010

di kala malam bulan tak beberapa mengambang :: keterujaan balik kampung

sunyinya malam ini. MySpace mungkin telah ramai jiran-jiran serta penghuni yang lain pulang ke rumah. maklumlah dorang sampai 8hb tiada exam. lama kan cuti yang diberi. sebagai peluang untuk pelajar yang meraikan perayaan Deepavali beraya lama sikit. betul tak? adillah tu, time kita raya dulu pun cuti seminggu kan. so, fair ok.

tapi, aku masih di sini. menunggu saat untuk pulang. jika tiada take home exam ni, agaknya sudah lama aku berangkat. hihi.. sebenarnya alasan semata-mata. siapa suruh asyik tangguh menangguh kerja tu..kalo tak, malam 4hb lagi aku sudah cabut. sekarang kenalah tunggu hari isnin, untuk hantar tugasan serta take home exam tu. tunggu nak mengedit mana-mana part yang patut then print.

petang tadi baru pergi beli tiket bas. destinati yang dituju --> Kerteh, Terengganu. teruja sangat nak balik ni, MySpace maklumlah sudah hampir 2 bulan tidak pulang -mesti ada yang bercakap, baru 2 bulan sudah kecoh- bagi aku anak mi+pok ni, 2 bulan tu sudah cukup lama. hihi. Terengganu sekarang sudah mulai hujan, menurut Mi, petang tadi pukul 5, kampungku dilanda angin kuat -ribut-.. nasib tiada perkara buruk yang berlaku. walau hujan, yang penting kita berada di rumah sendiri. itu yang penting. kan.


adakah kampungku akan banjir seperti tahun lepas?

lagi satu nak jumpa sepupu, 2 pupu yang comel2 ni. rindu kat dorang.

ni wada - si garang- hihi

lagu Balik Kampung, Nyanyian Arwah Sudirman. semakin dekat, semakin kuat lagu ini terpasang.MySpace hihi


tapi, dalam aku teruja untuk pulang hatiku dilanda kerisauan. akan berita kemalangan yang membabitkan bas ekpress. sungguh aku risau.

Saturday, September 04, 2010

semua sudah pulang ke kampung :: sunyi

hampir 1 jam yang lalu rumetku telah berangkat pulang ke rumahnya..
tinggallah aku keseorangan dalam bilik yang agak besar ni..
bukan tak biasa di tinggalkan..(tapi memang tak pernah pn..)
aku menunggu detik 9 malam esok (5.9.10) untukku menaiki bas pulang ke kampung halamanku..KERTEH, TERENGGANU yang terchenta..
sudah 2 bulan aku tidak menjejak kakiku ke kampung halamanku..
perasaan rindu itu mula bercambah dan mekar di sanubari ini..
tidak sabar untuk pulang itu tak perlulah ku ucapkan...
kerana lumrah bagi perantau sepertiku merasainya...

jika dihitung...
sepatutnya tarikh ku pulang yang sebenarnya pada 8.9.10..
kerana UKM hanya mula bercuti pada 9.9.10..
tetapi...
aku mengambil keputusan untuk berpuasa lebih lama di rumah bersama kedua ibu bapaku yang terchenta..
so, bermulalah episod ponteng memonteng kelas pada minggu last before cuti...
kepada pensyarah2 ku yang mengajar subjek :: ekologi alam sekitar, etika alam sekitar, pengurusan, pentadbiran & perundangan alam sekitar dan pengawalan pencemaran alam sekitar :: diri ini memohon kemaafan kerana tidak dapat menghadirkan diri ke kelas..dengan ucapan...

"SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN"




p/s ::: layan lagu satu cinta..best...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails