Showing posts with label najwa latif. Show all posts
Showing posts with label najwa latif. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

awak tahu tak saya rindu awak


agak lama dunia ashiya sepi tanpa entry. bukan busy ke haper tapi tulah bila aku malas untuk bermadah pujangga tak begeraklah entry duniaashiya. hehehe. maaf kepada yang setia mengikuti belog yang tak seberapa ini kerana lapa tak mengupdate.

ok, untuk tajuk entry ni, aku maksudkannya. siyes, aku tak memain. rindu sama awak taw. pembaca dunia ashiya.

seminggu cuti di kampung tanpa talian internet menghadkan lagi aktiviti BW. ditambah lagi dengan hujung minggu lepas yang kena menghadirkan diri ke Tasik Chini, Pahang. bukan untuk berjimba-jimba tapi fieldwork untuk subjek Lembangan Saliran. sibuk mengushakan diri godek2 google, terjumpa gambar najwalatif, seakan ada semangat untuk update belog. apa motif aku sendiri pun tak tahu. hehehe..cerita mengenai fieldwork ::

seronok walaupun sedikit penat. maklumlah dari pagi sampai ke petang sibuk dok mengukur sungai + tasik. penat, panas, bahang semua ada tapi lebih banyak kepada seronok lah. inilah pengalaman fieldwork sebenar yang aku rasa. kesian kan untuk aku yang tak merasa fieldwork kat luar daripada UKM. hehehe. pengalaman mengelilingi Tasik Chini dengan bot, best. besar jugak ea tasik tuh, kalau tak kerana kijer tak kannya lah aku sampai ke sana. perjalanan saja da hampir 4 jam. pergh, aku lagi sanggup masa tu digunakan untuk balik kampung. hehehehe.  tak lah susah sangat aku rasa untuk mengambil sampel air, tapi bila buat cross section sungai yang paling mencabar kot (bagi yang tengok macam aku ni lah, coz yang buat adalah kengkawan yang lebih ketinggiannya..hahaha). gambar sepanjang kat sana lain entry ok. hehehe. bila da siap dan penat menguasai diri, pekena ais jagung pulak. perghhh..i tell u, memang nikmat. ditambah dengan pisang + keledek goreng dan keropok lekor. cukup rasalah. hahahaha. walaupun seketika di Tasik Chini, memori itu ada (pinjam ayat cik violet)..hehehe...

ok, lain masa aku cerita yang lain pulak. panjang sangat entry ni korang tak larat nak baca pulak. hahaha..adios.


---> adakah yang sudi rindu aku erk?? !!! sila jawab..hehehe

Sunday, January 23, 2011

NajwaLatif aka wawa :: bila di UKM

Najwa & gitarnya. i like...

teruja bila hajat hati untuk bertemu mata dengan Najwa Latif aka Wawa tercapai akhirnya. gembira hati xterkata. hihihihi. konsert malam ni semperna karnival Aminuddin Baki 2011 atau ABC11, Wawa dijemput sebagai salah seorang penyanyi yang akan perform. 

dengan gagahnya, aku dan zati menapak ke Amin. bukan berjalan tapi bersama CBC. hehehe. sesampai jer, aku terus jer usha kat mana wawa, tiba2 mata terpandangkan mereka2 yang tengah bergambar. sah dia di situ. kaki terus melangkah ke arah itu dengan harapan untuk bergambar sama. YES!!!! Najwa Latif nak bergambar dengan i u..hehehe. i like !!! dan inilah gambar itu...


tadaaaaaa..............................

aku & NajwaLatif before dia perform. sempat ni peace =)

sempat snap gambar before.. then, ajk ABC11 cepat2 suruh Wawa get ready coz tetamu VIP sudah sampai katanya. Wawa 1st yang perform dengan 2 buah lagu. xpuas bila dengar dia nyanyi, lebih2 lagi lagu Bila Cinta. Best sangat dengar..ingatkan dia perform 2 lagu je, tapi selang 4 buah band nyanyi, wawa naik stage sekali lagi. dan dapat juga dengar dia nyanyi lagu Carta Hati live. yelah, beriya hafal lirik bagai, kalau dia xnyanyi sedih kot. hehehe. paper pun mestilah dia akan nyanyi kan, itukan lagu dia sendiri. sebagai promote lagu tu, aku katakan lagu tu memang best. so, kepada korang yang masih belum dengar lagu tu, boleh dengar dengan klik kt sini ok. CARTA HATI & BILA CINTA. habis jer wawa nyanyi, apa lagi. terus ke belakang stage. bergambar lagi. hehehe. thanx wawa sudi bergambar ea. bila da femes nanti, jangan lupa kami ea. winkkk~~~~

di belakang pentas selepas wawa perform. ..cute x kami? hehehe

rakam kenangan kami bertiga. wawa yang comel diapit oleh kami yang cute..hahaha..naik sampan kayuh sendiri. lalalala~~~

aksi aku & zati masa konsert. hehehe. thanx zati sudi teman akakmu ini pergi Konsert ABC11 untuk tengok Wawa..winkkkk~~~~


hanya kerana wawa, kalau x, xdernya aku akan menapak ke amin sekali lagi selepas semalam aku menggagahkan diri masuk ke rumah hantu selepas diajak oleh mereka2. adoyai, sesak nafas. dan aku surrender xmo masuk rumah hantu lagi. hihihi. cerita rumah hantu, korang boleh baca kat sini, RUMAH HANTU by cik violet. akulah salah seorang yang menjerit bagai nak rak itu. hahahaha. bila ingat balik, lawak. siyes..hahaha..macam2 kan. lemah semangat aku. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails