Monday, November 08, 2010
sebelum cuti --> pesanan untuk blogger sekalian =)
MATRIKULASI :: indahnya zaman Matrik
sewaktu kami bersama budak kuliah yang lain melawat Pusat Sains Negara (PSN), hihi.
sedapnya aiskrim cap F tu, ada sesiapa yang sudi belanja tak?
ini pula semasa Majlis Makan Malam untuk F2 & H6. haha. best, semua 'bekerja' untuk jayakan majlis ini untuk subjek protokol, eh betul tak erk? lupa lak. hihi..
tiga dara rebutan..lalala..rindu kamu berdua --> shagy & syer. mereka berdua teman rapatku, banyak gelagat kami. pernah tengah2 kelas kami keluar ke kafe, cari makanan, hihi. paling tidak dapat aku lupa. shagy yang otai & syer yang .... lalala~~lama tidak ketemu, kerinduan deh. hihi
akhirnya :: tugasan selesai
tapi tak mengapa, janji siap. dan pagi esok (sekejap jer lagi lah ashiya..!!) boleh lah hantar.
tak gitu cik Violet? yehhaaaa...
::SKPS 6043 PENGAWALAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR ::
:: SKPS 6013 ETIKA ALAM SEKITAR ::
--> tunggu saat untuk pulang ke kampung sahaja sekarang. sudah tiada kesabaran di hati. hihi
[update]--> bola :: BOLA :: bola
keputusan semasa :: half time
update ==> final result Chelsea (0) vs Liverpool (2)
tahniah the reds..
--> semalam fav. team dah menang..lalalala~~~
Sunday, November 07, 2010
1st GA kasut tumit tinggi
kalian berminat? singgah saja di blog beliau dengan klik di SINI.
cik VIOLET anda di Tag untuk masuk contest ini. sila ok.
mencuba nasib lagi. tidak salah bukan. hihi
semangat berblogging :: datang bergolek-golek..lalala~~
sejak dua menjak ni, semangat berblongging membuak. seperti letusan Gunung Merapi agaknya. isk, sungguh tidak logik perumpaan ini. bukan terlalu mengejar aliran trafik dan follower yang ramai, tapi bila melihat ada yang sudi menyinggah dan baca entry yang ku post. terharu. rasa semangat. korang pun mesti terasa macam itu jugak kan. tak banyak skit pun mesti ada. sehari dua ni, boleh dikatakan ramai jugalah yang sudi ziarah meningkatkan trafik dan bilangan follower yang bertambah seorang demi seorang. --> sebenarnya bilangannya adalah tidak seberapa, tapi aku ingin berkongsi jugak akan gembira ini <--
tengs sangat-sangat dekat korang yang sudi singgah dan tidak juga lupa juga kepada yang sudi menjadi follower blog picisan ini. walaupun bilangannya sedikit, tapi sudah cukup bermakna untukku sebagai blogger baru. tengs kepada blogger BEN ASHAARI yang sudi mentionkan namaku di salah satu entry beliau sehingga ramai blogger yang singgah di sini datang daripada entry itu.
--> jemputlah datang ke dunia ashiya lagi. jangan malu jangan segan. sama-sama kita berkongsi sesuatu di sini..menunggu gerangan follower yang ke-100..siapalah agaknya orang itu.. lalala <--
Saturday, November 06, 2010
solat :: perhatikan sejadah kita
Untuk tahu lebih lanjut pe kata korang usha blog dia. Sama-sama dapat info.
tajuk entry beliau --> perhatikan sejadah kita
di kala malam bulan tak beberapa mengambang :: keterujaan balik kampung
tapi, aku masih di sini. menunggu saat untuk pulang. jika tiada take home exam ni, agaknya sudah lama aku berangkat. hihi.. sebenarnya alasan semata-mata. siapa suruh asyik tangguh menangguh kerja tu..kalo tak, malam 4hb lagi aku sudah cabut. sekarang kenalah tunggu hari isnin, untuk hantar tugasan serta take home exam tu. tunggu nak mengedit mana-mana part yang patut then print.
petang tadi baru pergi beli tiket bas. destinati yang dituju --> Kerteh, Terengganu. teruja sangat nak balik ni, maklumlah sudah hampir 2 bulan tidak pulang -mesti ada yang bercakap, baru 2 bulan sudah kecoh- bagi aku anak mi+pok ni, 2 bulan tu sudah cukup lama. hihi. Terengganu sekarang sudah mulai hujan, menurut Mi, petang tadi pukul 5, kampungku dilanda angin kuat -ribut-.. nasib tiada perkara buruk yang berlaku. walau hujan, yang penting kita berada di rumah sendiri. itu yang penting. kan.
lagi satu nak jumpa sepupu, 2 pupu yang comel2 ni. rindu kat dorang.
lagu Balik Kampung, Nyanyian Arwah Sudirman. semakin dekat, semakin kuat lagu ini terpasang. hihi
tapi, dalam aku teruja untuk pulang hatiku dilanda kerisauan. akan berita kemalangan yang membabitkan bas ekpress. sungguh aku risau.
tetamu yang tidak dan memang tak kan diundang
1. memberi layanan yang baik
2. bersifat ikslah dan berlapang dada
3. menunjukkan muka yang manis
4. menyediakan jamuan mengikut kemampuan
5. menyediakan kemudahan yang baik
tetapi, apa reaksi korang bila tetamu yang tak diudang berkunjung? apa tindakan korang? tetamu yang aku maksudkan merujuk kepada ini -->
:
:
:
:
:
:
:
Terkejut buaya di depan pintu rumah
'tetamu' ini sedang melepak di hadapan sebuah rumah di Florida, AS
FLORIDA - Seorang wanita, Belinda Donaldson terkejut apabila seekor buaya berukuran 3.35 meter 'lepak' di hadapan pintu rumahnya di Westchase, Hillsborough County, di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Kehadiran buaya itu pada mulanya disedari beberapa jiran wanita tersebut yang kemudian bertindak menelefonnya.
Bagaimanapun, Belinda tidak mempercayai kata-kata jirannya itu tetapi tergamam selepas melihat kelibat buaya tersebut melalui tingkap rumahnya.
Dia yang ketakutan menghubungi pasukan penyelamat hidupan liar untuk mendapatkan bantuan selepas buaya terbabit enggan berganjak.
Seorang saksi berkata, pasukan penyelamat hidupan liar mengambil masa satu jam untuk menangkap buaya tersebut sebelum membawa haiwan itu dengan menggunakan sebuah trak ke habitat asalnya.
Kemunculan buaya di kawasan awam itu kerap berlaku terutama pada musim panas. - Agensi
::
:
:
:
:
Lisa Surihani :: modern primadona??..
berBW di pagi hari sehingga terjumpa website Lisa Surihani yang dipost oleh seorang blogger. tapi lupa plak sapa gerangan blogger itu. maaf ya.
apa kaitan tajuk entry itu ya. kalau korang nak tahu, silalah layari website Lisa tu and akan ada satu soalan cam ni :
--> Lisa Surihani Modern Primadonna
|
so, ikut korang nak setuju or tak. hihi
website Lisa Surihani --> http://www.lisasurihani.my
Friday, November 05, 2010
terkejut :: sampai tak tahu nak cakap apa
baru ku tahu, rupanya wujud satu blog ni. korang nk tahu blog apa? blog untuk golongan pengkid. korang boleh klik di SINI if tak atau kurang percaya. Astaghfirullah.
terkejut. sampai terdiam. myrumet also. tak tahu nak cakap apa berkenaan hal ini. korang tengok dan nilai lah sendiri.
kedai makan : sup urat ketin (UK)
selesai sudah menjamu selera bersam 2 orang temanku, cik violet dan cik ni'ah. masing-masing kelaparan tahap gaban masa mula-mula sampai kedai makan. kalau boleh, mahu makanan yang di oder tu terus dapat je. Tapi adatlah kan, orang yang oder sebelum pun belum dapat lagi, apatah kami yang baru sampai.
tempat makan yang dituju --> Kedai Sup Urat Ketin (UK) yang terletak di Sek.7, Bangi. rasanya ni lah kali pertama, jalan-jalan cari makan sampai ke sek.7..hihi. agak jauh jugalah dari UKM 2. tapi demi mencari kelainan ( lain ke?) sanggup merempit sampai ke sek.7...hihi
menu makan malam hari ni --> sup tulang, nasi putih, ayam masak pedas + milo ais tabur. pergh, memang full perut. kenyang sangat. Alhamdulillah.
korang yang berada dekat area Bangi or Kajang, bolehlah singgah di Kedai Sup UK ni, terjamin sup2 di kedai ni sedap. hihi. kalau tak sedap, korang pergi cari kedai lain k. haha..
waktu makan :: misi mencari tempat makan
sudah seharian rupanya kau tidak melangkah keluar bilik. asyik berblogging sampai tidak sedar akan masa yang sudah menjengah ke waktu Maghrib. makan minum, ala kadar je, mana yang sempat capai, akan ku makan. haha. sadis betul anak diri ini. orang cakap --> memang tak menepati ciri-ciri sebagai isteri kalau macam ni <--- betul ker?? sila jawab wahai teruna di luar sana. ahaks. hihi.
lapar.
baru tahu erti lapar bila matahari sudah terbenam di ufuk barat. satu masalah bagi aku apabila memikirkan tempat untuk makan. kedai mana yang harus ku kunjungi? mana? korang ada idea tak kedai mana yang best area UKM, Bangi. kalau ada yang sudi, sila bagitahu ok? mungkin malam ini, akan ku jejaki kedai makan di area Sek.7, Bangi. mana tahu terjumpa kedai yang menarik untuk singgah & menjamu.
oklah, perlu bersiap, myrumet sudah memandang menjeling itu. --> hint untuk aku harus bergerak daripada mengadap laptop lah tu, macam tidak ku tahu tapi saja buat-buat tidak mengerti..ahaks <---
mahu makan yang best-best. menunggu saat pulang ke kg. nak makan laksa, ketam masak merah. kenalah merengak kat Mi bila pulang nanti.. hahaha
sang camar :: bawalah daku terbang tinggi
ibuayahdamia vacation with kids Giveaway
-ayat copy daripada tuan tanah penganjur contest..hihi-
1st GA dr NUSHA
lepas puas berblogging, jalan sana sini. sesi masuk contest plak. haha. masuk je, tak kena bayar pun. hihi. contest yang ke-4 kot aku join seperti tajuk entry aku, 1st GA dr NUSHA..huhu.. cik violet yang sebuk suruh masuk ini contest, sebagai isi masa yang terlebih lapang katanya. hihi..
gambar monyet kat atas tu adalah sebahagian daripada syarat-syarat untuk join ini contest. mahu tahu syarat-syarat lain??.. klik saja di SINI.
tarikh tutup contest :: 8 NOVEMBER 2010 :: masih ada waktu untuk join.
1. topup RM30 & special gift daripada Nusha
2. topup RM10 & special gift daripada Nusha
dan 5x special gift kepada yang bertuah !!!
mereka yang di TAG adalah seperti berikut ::
1. cik eewana
2. cik izzati
aktiviti selepas last exam tamat :: penangan blog.arif
lepas selesai makan, aktiviti seterusnya -----> bowling tyme. kali ini hanya kami berempat -aku sendiri, violet, caah dan juga li'ah- yang 'sudi' menjengah pusat bowling di Metro Point, Kajang. sesi merempit ala-ala ayu lah kami berempat..puas jugaklah dapat menghayung tangan melontar 'peluru' tu menjengah ke pin-pin..tapi, aksi tragis apabila, dapat melakukan aksi strike ke Longkang...haha..memang terbaik..superb!!
aktiviti malam pula, berblogging sambil bermuka buku..huhu..sekarang dalam usaha untuk mengkhatam satu blog ni, dulu tidak berkesempatan untuk mengusha..so, pe lagi sekarang, ada masa lebih berblog jelah. blog.ariff milik seorang jejaka bernama ariff shah - tak kenal pun siapa gerangannya.
pelajar yang sedang belajar di Moscow- sekurang-kurangnya selepas membaca sedikit sebanyak blog beliau, dapat jugaklah info tentang Russia and Moscow ni. tak banyak, dapat tahu sikit0sikit pun jadilah..huhu.. usaha membaca karangan beliau akan diteruskan dari semasa ke semasa. -suka entry ni, Melamar si Gadis : bersediakah kita & saya sayang awak lebih. sweet sangat, betul-betul suka =)) ..tenkiu blog.ariff..
---> tak sabar mahu pulang ke kampung halaman di Kerteh. sudah mula merindu pada dia dan dia juga serta mereka-mereka. mi, pok & kucing-kucing kesayanganku, tunggu kepulangan ku nanti ya.
Wednesday, November 03, 2010
~Follower Bertuah GiveAway~
contest ke-3 yang aku join..berturut-turut..bila mood sudah ke alam contenst mengcontestlah katakan..haha..tak salah untuk mencuba kan..hihi
3 orang yang di TAG:
1. cik violet
2. cik eewana
3. cik izzati
nak tahu, ashiya bertuah atau tak, kenalah tunggu keputusan drpd tuan punya blog my soul, my life, my journey ... hadiah??..misteri, kenalah tunggu...huhu..
CONTEST :: 'Nina's Collections Giveaway'
SYARAT PENYERTAAN adalah seperti berikut :--
2. copy Banner di atas, paste Banner dan Link entry ini di side bar dan entry di blog anda
3. buat satu entry tentang NINA'S COLLECTIONS GIVEAWAY ini di blog anda,
buat entry pasal GA sahaja yekk... tak perlu susah2... huhu
4. tinggalkan comment, nama, email dan link entry anda pada comment giveaway ini
5. Tag kepada 3 orang rakan Bloggers yang lain (perlu dinyatakan dalam entry)
- cik eewana
- cik silvy
-cik Fairuzwalifah
(sila join...diwajibkan kepada anda bertiga..hihi)
mesti korang nak tahu hadiahnya kan??..hihi..sebenarnya, aku pun xsure apa, tapi, if hadiah itu adalah cap F a.k.a FREE konpem berharga kan..hihi
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 1 Disember 2010