Wednesday, April 28, 2010
Ada apa dengan esok???...
tarikh keramat untuk aku V.I.V.A...
gilerk cuak aku ...................
siyes wei...
argh.....
YA ALLAH....
Engkau permudahkanlah untuk ku esok.....
amin....
Sunday, April 25, 2010
Ketika.....lalalala~~~~~
ketika ini :::::::
- baca untuk exam akan datang pada hari selasa jam 8.30 pagi - KIMIA PERMUKAAN
- berusaha buat soalan past year (walaupun diri ini tidak beberapa nak faham kan..tapi kenyakinan itu penting..)
- jeles tengok rumet syok landing atas katil ==== TIdow...nak tidow gk..ahaks..
- layan lagu, tibe2 terminat dengan lagu seperti di bawah ini ;
After Midnight
Music/lyrics by Yuna
After midnight i shall kidnap you from the world
and i’ll keep you in my room
hush now my love and hold my hand
after midnight i shall take you to a place
where no one else should know of
hush now my love and hold my hand
you are exactly where you’re supposed to be
if anyone asks for you
they would have to find me
stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only
after midnight
i shall stay awake
and if you chose to close your eyes now
hush now my love
i’ll watch you sleep
you are exactly where you’re supposed to be
and if they come for you
they would have to fight me
stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only
stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only
best jugak kn lagu ni...kalau korang nak dengar lagu nie macam mana, korang boleylah layari di youtube k...huhu...selamat mencari yer korang
kepada kawan2ku, budak2 OLEOKIMIA tahun 3, selamat study untuk exam kita yang last (maybe..kalau tak kena repeat paper...ahaks..mintak dijauhkanlah...InsyaALLAH) di UKM ni...semangat oleozzz....huhu...
tengok, logo kos aku ni....semangat kekoskan aku ni...tapi xpe, semangat itu jugak penting wo0o0...huhu...
aja.....fighting....
lalalalala~~~~~~
United kembali ke takhta
LONDON - Manchester United kembali menerajui takhta Liga Perdana England selepas mene- waskan Tottenham Hotspur 3-1 di Old Trafford semalam.
Kemenangan tersebut menyaksikan United mengumpul 79 mata, dua mata meninggalkan Chelsea yang jatuh ke tangga kedua.
Begitupun, Chelsea diramal kembali menerajui carta liga sekiranya berjaya menewaskan Stoke City di Stamford Bridge malam ini.
Pada aksi semalam, Ryan Giggs terlebih dahulu membuka tirai jaringan buat United apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti yang diperoleh setelah Patrice Evra dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-58.
Namun, Spurs berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Ledley King minit ke- 70 sebelum Nani meletakkan United kembali di depan mene- rusi jaringan yang cukup mena- rik pada minit ke-81.
Giggs melengkapkan hari gemilang United apabila menyumbat gol ketiga juga menerusi sepakan penalti selepas Nani dikasari dalam kotak penalti pada minit ke-86.
Pengurus United, Alex Fergu- son ternyata kagum dengan persembahan yang dipamerkan Nani dan menganggap jaringan yang dilakukan pemain antara- bangsa Portugal itu bertaraf dunia.
"Jaringan yang dilakukan Nani sememangnya memiliki kelas yang tersendiri dan itu sudah cukup bagi membuktikan kehe- batannya selaku pemain bola sepak," jelas Ferguson.
Beliau turut mengesahkan Wayne Rooney tidak dapat diturunkan dalam baki dua perla- wanan liga selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika menjalani latihan Khamis lalu.
"Sukar bagi saya untuk menjelaskan mengenai kecederaan yang dialami Rooney itu kerana ia pasti mengambil masa dalam dua hingga tiga minggu untuk kembali pulih.
"Kami akan cuba sedaya upaya untuk memberinya peluang kembali beraksi sebelum perlawanan terakhir liga, namun hanya masa yang akan menentukan," katanya.
Terdahulu, Rooney terpaksa diketepikan dalam masa beberapa minggu berikutan kecederaan buku lali yang dialaminya ketika beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara. - AFP
SUMBER :::: semestinya KOSMO
teruskan berjuang pemain2 MU....berjuang hingga akhir musim...go..go..go MU
Saturday, April 24, 2010
IMAM AL-GHAZZALI MENULIS.....

- Zikir hanya dengan lisan.
- Zikir dengan lisan disertai secara paksaan (takalluf).
- Zikir dengan hati dan hadirnya pada lisan tanpa paksaan.
- Zikir yang benar-benar membekas ke dalam hati sanubari sehingga orang yang berzikir merasa tenggelam di dalamnya.
Sedangkan zikir hati ialah tafakur mengingati ALLAH, merenungi dan memikirkan kebesaranNYA, atau dalam hati selalu menyebut ALLAH (zikir ismuzzat).
Secara lahiriah, apabila berzikir seharusnya :
- Berkelakuan yang baik.
- Jika ia dalam duduk hendaknya ia menghadap kiblat.
- Bersikap tenang dan tidak tergopoh dalam melafazkan zikir.
- Tempat berzikir itu harus suci dan bersih terlepas dari segala yang membimbangkan perasaan.
- Hendaknya orang yang berzikir itu membersihkan mulutnya sebelum ia mulai berzikir.
"Orang-orang yang mengingati ALLAH sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lalu berkata) : 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Ali - Imran : 191)
Secara batin apabila berzikir seharusnya :
- Menghadirkan hatinya.
- Sebolehnya menghayati makna zikir itu dikala lidahnya meyebut kalimah zikir.
- Sentiasa khusyuk dan bersifat merendah diri kepada ALLAH.
Antara kelebihan berzikir :
- Melahirkan budi pekerti yang luhur ::::
Firman Allah :
"Bacalah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab, dan dirikanlah solat kerana sesungguhnya solat itu dapat menghalangi manusia daripada keburukan dan kemungkaran dan sesungguhnya mengingati ALLAH (berzikir) lebih besar, dan ALLAH mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al - Ankabut : 45)
- Mendekatkan diri kepada ALLAH ::::
Firman Allah :
"Kerana itu, ingatlah kamu kepadaku nescaya aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu." (Al - Baqarah : 152)
- Menenangkan jiwa ::::
Firman Allah :
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allh, hati menjadi tenteram." (Ar Ra'ad : 28)
Friday, April 16, 2010
apa binatang yang korang suka????..
korang dan aku mesti mempunyai minat yang sama kan? suka bela binatang. dalam banyak2 binatang, binatang apa yang korang consider nak bela? yang paling biasa kita dengar, kawan2 akan cakap kucing, arnab, ikan or hamster...dan ada jugak yang extrems giler bela ular, dan yang sewaktu dengannya lah...hihi..
1. Kucing

aku pasti ramai yang gilerk2 suma kn kucing...macam aku..siyes aku suka kucing, da lah comeyl
tapi kalo kucing tu saiznya besar ni, aku termampu asenya nak angkat......

2. Arnab

aku xpenah bela arnab...tapi tyme aku p ziarah umah sorang kawan, dia ade bela arnab nie...bukan sekor, tapi 5 ekor...memang comeyl2 lah arnab2 nie...aku dah jatuh chenta sama itu arnab lah...huhu...nak2 bila tyme aku kasi arnab2 2 makan, biasanya arnab makan sayur kn..tapi tyme 2 aku kasi arnab 2 makan kuih raya (musim raya tyme 2..)..korang jangan terkejut, arnab nie makan kuih raya tau..nanti korang try lah kasi erk...gerenti r makan.haha...telinganya yang panjang, giginya yang kecik 2, bulu yang lembut...fuh, korang gerenti jatuh suka sama itu binatang lah jugak kan...
3. ikan

sape yang bela ikan??..kat umah aku ada gak, tapi 2 ayah aku punye...aku malas ckit nak bela ikan nie...bukan payah mane pon tapi xbesh r..coz ikan 2 dok lam akuarium jerk, bukan aku ley pegang pon...xsuke3...cume suke tengok die berenang3...huhu..tapi, jage ikan ni dikategorikan yang paling senang kn??betul x??nak senang korang jage jerk ikan yang tahan lasak, boley survive kalo korang lame nak tinggalkan umah 2...huhu..
4. ular

hoho, binatang nia aku xberani nak citer lebey2...aku da lah geli2 ckit sama itu binatang, kepada sesiapa yang bela itu binatang boley lah share2 erk...ala, sharing is caring kan...
yang ke-5, 6, 7 ang so on...korang silalah tambah erk...
ada satu binatang yang aku cam suka jugak...binatang 2 adalah ::::

mesti korang terkezut kn...tak tau lah nape aku suka singa nie..teringin jerk nak pegang bulu kat muka die 2...huhu..baring kat sebelah ker kalo boley..nie sume pas aku tengok citer Narnia, watak Aslan 2...adoi, encem...suke tengok...kalolah ader singa yang cam lam citer 2 secara realitinya, boleylah impian aku nie tertunai kan..fantasi semata2...adoyai..nyawa di hujung tanduk jerk ase...haha...
hujung minggu ni, aku nak pulang ke rumah...untuk ambil mood exam yang akan berlangsung pada ari isnin nie, jam 8.30 pagi...blogku, kita berjumpa minggu depan plak k...
salam semua...
FREE tyme.....
tapi kali nie, korang xpayah nak beli sangat pon...
just 1 klik jerk....
boley dapat free....
xcaye?????
klik di SINI k.....
'Anjuran TM....'
"iTalk WHOA! lets you stay connected with your friends abroad with FREE internet calls. Plus, you can also send e-mails and check your friend’s Facebook and Twitter updates! You can do all that with just one click without the hassle of logging in to several websites!"
Nokia "The Rookie"
Thursday, April 15, 2010
lucky draw...
tidak semena2 aku join contest nie..nie contest kedua yang aku join selepas contest yang billet anjurkan, tapi xmenang pon..so sad...huhuhu... sesiapa yang berminat boleylah sesama join contest nie k...bukan kena wat apa2 pon, simple jerk syarat2nya :::
SYARAT2 NYE AMAT MUDAH
- Jadi FOLLOWER blog FarhanRazak.
- PASTE Link Cabutan Bertuah seperti di atas di Blog anda.
- Tulis satu POST yg anda dh pun masuk cabutan nih.
Tarikh tutup penyertaan 30 Jun 2010.
tuan punya contest blog ialah ::::
http://farhanrazak.blogspot.com
Berdiri atas sayap glider di udara
memang berani giler r aksi nie...thumbs up r kat mamat ni atas keberanian dia lakukan aksi nie..
p/s ::: walau duit bertimbun-timbun, nyawa tiada galang gantinya...
Wednesday, April 14, 2010
berkaitan dengan angka 8.... iaitu ::::
walau apapun, saya nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang mengeTAG...lain kali TAG lah lagi k...huhu...
Mereka yang mengeTAG ::: cik Farae & cik Kaka
Folder yang ke-8 :::
::: Manchester United
gambar yang ke-8 :::

gambar yang ke-8..boley x??..kire boleylah erk..huhu
Tarikh Lahir ::: 20 Jan 1981
Tempat lahir ::: Calgary, Alberta, Canada
Tinggi ::: 1.80 m
Posisi ::: Midfielder
No. Jersi ::: 4
tapi die da lama xmain coz cedera...harap die cepat pulih, boley tengok muke die yang
Mereka yang di TAG :::
- cik violet
- cik Billet
- cik nilam
- cik silvy
- cik edah
- cik muiz
- cik mizah
- kepada sesiapa yang sudi menjengah blogku ini, silalah amek yer...huhu...
arigato...!!!
Syarat - syarat tag ni adalah seperti berikut :
1. Go to your photo files… Select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same!
Apa ada dengan A???....jeng..jeng..jeng...
What is your name? : Ashiya
A four Letter Word : Alam...menikmati keindahan alam yang mengsyikkan..memang syokkkkk...
A boy’s Name : Azhar sulaiman...huhuhu..
A girl’s Name : Alicia Keys...sonok tengok dia main
An occupation : Amah yang berjaya...kat rumah sendiri k..huhu
A color : Anemone..warna bunga nie cantik...ala3 p.pink gitu..ahaks..
Something you’ll wear : anything..janji sedap mata yang bakal memandang..kui3..
A type of food : Apam Balik kaler hijau...sedap 2...kat pasar malam BBB jerk kot y ade..haha
Something found in the bathroom : Air..hihi..kalau tak der air xselesa wooo0,,nak2 bile emergency kes..huhu
A place : Alamanda..wayang yang terdekat..huhu
A reason for being late : Alamak, mana pulak kunci rumah nie...huhu...
Something you’d shout : APAKAH?????..hihi
Something you drink : Apple juice...ni, bila kayo jerk..huhu
A musical group : Ada Band...adakah????...kui3
An animal : Arnab...
A type of car : Aston Martin ....smart giler r kereta nie...berangan jerk boley nak beli xmampu..hiks..
A type of fruit : Apple....beli banyak2, boley wat jus...huhu
huhu..bila tak der idea nak post, mulalah melakukan kerja2 seperti ini...huhu...kepada sesiapa yang berminat silalah buat yer...layannnnnnnn....
Thursday, April 08, 2010
Bahana kencing tikus
BANYAK pihak terkejut apabila deejay dan personaliti radio dan televisyen popular, Din Beramboi dilaporkan terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang setelah dipercayai dijangkiti kuman kencing tikus baru-baru ini.
Pelbagai teori tiba-tiba muncul apatah lagi Din jatuh sakit beberapa hari selepas dia menjalani penggambaran di Zoo Negara. Bagaimanapun, Din disahkan meninggal dunia akibat demam denggi berdarah.
Jangkitan kuman kencing tikus atau leptospirosis yang jarang berlaku itu dipercayai menular daripada haiwan kepada manusia dan kebiasaannya terjadi secara kebetulan.
Menurut Pakar Perunding Veterinar, Dr. Intan Suriati Abdul Manaf, leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira sp. yang sangat tipis dan berbentuk pilin seperti mata gerudi.
Bakteria Leptospira juga boleh hidup dalam air tawar selama sebulan malah ia juga boleh membiak di air masin.
“Banyak haiwan yang boleh menjadi pembawa kepada bakteria Leptospira, tidak kira ia haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, lembu, babi, kuda, anjing dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
“Bagaimanapun, tikus dikesan sebagai penyebar utama bakteria ini kerana kitaran hidupnya yang suka makan dan tinggal di tempat kotor (menjadi tempat bakteria Leptospira membiak).
geli tak korang tengok tikus2 nie???..eeiii....
“Iklim negara yang lembap menjadi faktor terbaik kepada pembiakan bakteria ini. Malah, pada suhu sederhana ia boleh hidup lebih lama,” katanya.
Tambah Intan, kitaran hidup tikus yang cepat membiak dan sukar dikawal membantu penyebaran bakteria dengan lebih meluas.
“Jangka hayat tikus betina adalah di antara dua dan tiga tahun tetapi ia sudah boleh bunting dan aktif seks hanya dalam tempoh enam minggu.
“Setiap kelahiran, tikus boleh melahirkan lima hingga tujuh ekor anak tikus. Tikus betina boleh bunting sebaik melahirkan anak,” kata Intan.
Secara purata, dalam kitaran hidup seekor tikus betina, ia boleh bunting sehingga 28 kali dan melahirkan sehingga 170 ekor anak.
kalu tikus ni?????...owh, RATATOUILLE
Tikus gemarkan sampah dan air bertakung seperti di lorong belakang hotel terkemuka, kolong bawah tanah hinggalah ke petak sawah atau kandang kuda. Rumah yang dijaga rapi juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran makhluk perosak tersebut.
“Bakteria Leptospira akan tersebar melalui cecair yang dikeluarkan oleh tikus seperti air kencing, air liur, darah, air mani dan najis.
“Malah, tikus betina yang bunting boleh memindahkan bakteria tersebut kepada anak dalam kandungannya.
“Bakteria daripada kencing tikus juga boleh tersebar melalui air atau tanah. Menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia.
“Oleh sebab itu, saya mengesyorkan pemakaian sarung tangan sewaktu melakukan kerja-kerja berkebun dan basuh tangan menggunakan antiseptik,” kata Intan.
Menurut beliau, jangkitan terus bakteria Leptospira daripada tubuh tikus jarang dilaporkan sebaliknya terjadi apabila haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing meminum air dari lopak yang sudah dicemari dengan kencing tikus.
“Kebiasaannya kucing yang meminum air dari tempat bertakung yang telah dicemari kencing tikus berisiko tinggi untuk mendapat leptospirosis.
Simptom penyakit hanya akan muncul dalam masa empat hingga 12 hari selepas kuman atau bakteria Leptospira menjangkiti haiwan atau manusia.
“Lazimnya, bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Jika kita pegang haiwan yang dijangkiti leptospirosis dan makan tanpa mencuci tangan, bakteria tersebut akan turut memasuki tubuh sebelum memasuki saluran darah.
“Bakteria ini akan menggerudi sel-sel dalam badan termasuk hati dan buah pinggang. Malah, dua organ tersebut adalah lokasi utama pembiakan bakteria ini.
“Akibatnya, sel-sel organ penting haiwan yang diserang bakteria ini akan rosak dan gagal berfungsi manakala pembuluh darah akan pecah sehingga membawa kepada kencing berdarah,” jelas Intan.
Dalam kes serius, leptospirosis boleh menyebabkan kematian. Tahap jangkitan berbeza antara individu atau haiwan mengikut daya ketahanan masing-masing.
“Sukar untuk mengenal pasti jangkitan ini pada peringkat awal kerana simptom yang ditunjukkan sangat umum.
“Pemeriksaan terperinci melibatkan ujian makmal, ujian darah, analisis air kencing dan beberapa ujian lain perlu dilakukan sebelum mengetahui ia berpunca daripada Leptospira,” ujarnya.
Kata Intan, simptom akan menjadi lebih serius apabila penyakit memasuki fasa kedua dan ketiga kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dan kerosakan hati.
“Apabila dijangkiti, biasanya bakteria Leptospira mengambil masa sekitar 10 hari untuk sampai ke organ penting sebelum menimbulkan gejala.
“Dalam tempoh ini, rawatan sewajarnya perlu diberikan untuk mengelak komplikasi tidak diingini,” kata Intan.
Seperti jangkitan bakteria lain, leptospirosis boleh dirawat dengan mengambil antibiotik seperti penisilin, streptomisin, eritromisin, tetrasiklin dan doksisiklin.
“Kos ujian mengenal pasti bakteria Leptospira tinggi sehingga menyebabkan kebanyakan pemilik haiwan yang dijangkiti kuman itu hanya mengambil rawatan berdasarkan simptom yang ditunjukkan haiwan peliharaan mereka.
“Untuk tujuan itu, antibiotik adalah pilihan utama namun ia tidak akan membunuh bakteria itu sepenuhnya sebaliknya hanya meredakan simptom jangkitan seperti demam panas, muntah, cirit-birit atau demam kuning.
“Malah selepas tiga bulan ia sihat secara klinikalnya, bakteria itu masih ada di tubuhnya,” jelasnya.
SUMBER :: Info Kesihatan, KOSMO
wah, bahaya jugak penyakit nie....semua tempat berisiko ada bakteria..macam mana kita nak hindari???amalkan gaya hidup sihat
gunalah antiseptik
selepas berkebun terutamanya, basuh tangan sebersihnya, dengan mengikut & langkah membasuh tangan dengan betul...
7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air dan Sabun
- Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
- Gosok kedua-dua tapak tangan
- Gosok setiap jari dan celah jari
- Gosok kuku di tapak tangan
- Gosok belakang tangan dan celah jari
- Cuci tangan dengan air bersih
- Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu
kekecewaan....tapi still ase bangga, cuma nasib tak menyebelahi..

walaupun menang di tempat sendiri, man u tak dapat layak ke semi final..
coz peraturan gol di tempat lawan memihak kepada bayern...
Manchester united tetap utuh di hatiku...
Man u tetap club yang terhebat...
huhuhuhu....
match yang mendebarkan...sedang menanti keputusan yang bakal tercatat..

pada pagi yang dingin ini, akan tercatat satu lagi sejarah...
sejarah yang semua aka peminatY sahaja menunggu...
aku, salah seorang antara jutaan peminat sedang menanti detik sepak mula peringkat suku akhir kedua antara Manchester United (Man U) vs Bayern Munich...
perlawanan akan berlangsung di Old Trafford
setelah keputusan yang tidak memihak kepada Man U pada peringkat suku akhir 1st dengan kekalahan 1-2 ditempat lawan, adakah Man U bakal mencatat nama sebagai salah satu pasukan yang berjaya ke peringkat semi final UEFA pagi ini???..
sama-samalah kita nantikan keputusanY..
walau apa-apa pon, aku sebagai peminat Man U, menyokong penuh Man U untuk menang malam nie...
go Man U, go Man U, Go..Go..Go...
Wednesday, April 07, 2010
myLooK???..
asmaradana, drama yang best..huhu

masyuk tol lah tengok cerita ni..memang layaaaannnnnnnn habis r..
bermacam perasaan timbul time nonton, kesian, sedih, marah, geram dan macam2 lagilah yang aku sampai tak tau nak explain cmner..huhu...memang terlebih emosilah bila tengok cerita ni..
watak jahat yang dilakonkan berjaya membuatkan diriku
lakonan teraju utama, Tiz, Sam dan Iqram tak payah cerita r...mantap2...huhu..bila Tiz
tak sabar nak menunggu penghabisan cerita ni...apa yang bakal berlaku yer...sama-samalah kita nantikan...


Sunday, April 04, 2010
kegembiraan yang teramat....
paling minat...
tak lain dan tak bukan.....
Dato' Siti Nurhaliza....
untuk tahun ke14..gelaran penyanyi wanita popular masih utuh di tangan Dato' siti...(memang aku dah agak...huhu)
tahun depan semestinya gelaran ini akan bertukar tangan...
tahun ini..seperti sedia maklum, adalah tahun last Dato' siti masuk ABP...
penarikan diri beliau untuk tahun haddapan coz, beliau nak bagi peluang untuk artis lain pulak merasai saat macam ni..(betul x erk???)..
BINTANG PALING POPULAR... Dato' siti menang jugak..
kemenangan doublelah...
dapat kereta free lagi dato' siti...
bagi saya kereta dato' sebijik boley x???...huhu...
TAHNIAH Dato' siti...teruskan usaha anda..
frustttttttttt....
eiii..frust gilet tyme tengok bola semalam....
dua2 team yang aku sokong kalah....
xley timer hakikat aseY...
hmmmmmmmmmm.....
tyme aku tengok jerk mesti kalah...
tyme kalah jerk mesti tyme aku tengah tengok...arghhhh..
ape makneY kat situ???
hahahaha....
:::: nseblah aku xjadik cam pic kat sebelah nie...setakat frust bese2 jerk...hahaha..
Friday, April 02, 2010
Thursday, April 01, 2010
Kisah Lima Perkara Aneh
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'. Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.
Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
SUMBER :: I LOVE ISLAM
p/s ::: renung2 kan lah dan selamat beramal.....
Rokok ada sel darah babi
KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.
Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.
Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.
Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.
SUMBER ::: KOSMO
kepada perokok2 sekalian...pikir2 kn lah....eeeiiiiiiiiii...ngeri aku dengar...
yarksss.....
Katak beri amaran gempa bumi
PARIS - Sejak berkurun dahulu, manusia berusaha mencari alat yang dapat memberi amaran awal sebelum gempa bumi berlaku.
Usaha itu mungkin berbaloi apabila satu kajian mendapati sejenis katak kecil berwarna coklat mampu meramalkan bila gempa bumi akan terjadi.
Hasil kajian yang dilakukan oleh seorang ahli biologi Britain, Rachel Grant mendapati katak itu yang dikenali sebagai Bufo-bufo jantan memberi amaran awal lima hari mengenai gempa bumi yang telah memusnahkan bandar L'Aquila di tengah Itali pada 6 April, 2009 dengan menyebabkan 300 orang maut manakala 40,000 lagi hilang tempat tinggal.
Grant yang terlibat dalam projek pemantauan Bufo-bufo di Tasik San Ruffino, 74 kilometer ke utara L'Aquila, mendapati populasi haiwan itu berkurangan dengan mendadak lima hari sebelum gempa bumi melanda. - AFP
SUMBER :: KOSMO
apa pendapat korang??...ermmmm...huhu
AWARD dan award lagi ..... i LIKE...huhu
penat nak melayan peminat2 yang setiap hari beratur nak mintak sign....hoho...
poyos gilerk kn...belagak...hahaha....
1st AWARD ::::::

1. thank and link the person that gave u the award
lihatlah dunia...akhirnya award nie berada di tanganku...hahaha...(sambil ketawa bongkak..haha)..
ha??? 15 orang ker??awat ramai bebenor kene tagnya???adoyai...sape yer??...
walau apa pun, aku taknak lah berbangga sorang2 dengan award ni, so moh lah kite share2 k...SHARING is CARING....haha
kepada my follower, u r de winner tonight...
so terimalah award ini k....
>>>>> gara2 malas nak menaip setiap name follower...<<<<>
- budak kiut dr TERENGGANU...oghang ganu ni...huhu
- mahu bercuti di pulau...bila kah????..hoho
- teringin sebuah kereta...mini cooper...ada yang ley kasi x??
- ntah...
- xtaw nak tulis pe da...
- tu jerk kot...
- yang lain2, nanti2 aku share2 k...haha
2nd AWARD ::::
AnugeraH terhorMat....berbangga plak bila dapat award ne...haha..
tenkiu kepada cik tika leh....
# Thank & link the person that gave you the award.
#Pass this award onto 12 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic.
geng blogger yang terhormat :::
cik violet :: sifu yang ajar aku pasal dunia blog...
cik tinta zaujah :: tukang havoc lam bilik...huhu
cik firuz waliffah :: sempoi...
cik nilamitubiru :: budak kelas yang sempoi..tukang masak yang berjaya...haha
cik mizz-ziza :: info terkini???.. tanyalah beliau...huhu
cik billet :: blog yang cantikkkkk...huhuhu
sape lagi 7 yer???...
emmm...
semua followerlh yer....
ameklah award nie k....
huhu...
# Contact said Blogs and let them know they’ve won the award.