Saturday, April 30, 2011

aktiviti menambah lipid

ini perkara biasa untuk mereka yang sedang bercuti macam aku sekarang. maklumlah bila duduk di rumah semua benda nampak sedap terutamanya yang mak, umi, ibu, mama masak. tiada masakan yang dapat tandingi masakan mak sendiri kan. hehehe. padahal bukan yang mak masak jer sedap, yang beli bungkus kat kedai pun sedap jugak.



so, itu jugaklah yang terjadi kat aku. bukan apa, lipid yang tersedia ada tak payah cakaplah memang menten banyak. dengan rasmi aktiviti menambah lipid start hari ni. menu untuk siang hari sahaja, aku tak tahu berapa kalori dah berjaya diternak . korang nak tahu apa jer yang aku sumbat lam mulut hari ni? pagi + lunch + petang = nasi lemak + nasi lemak lagi + roti canai + nasi lemak lagi. walaupun sebenarnya nampak 2 menu jer tapi sebenarnya 3 bungkus nasi lemak dah berjaya ditelan. wah, memang berlemak lemaklah badan i ni ha.



misi untuk diet sentiasa GAGAL. lebih lebih lagi bila kat rumah, kalau dah di kolej pun tak boleh macam mana kat rumah kan. haiya, macam manalah agaknya perubahan diri selepas ni bila cuti 4 bulan + sem akan datang duduk di rumah? kita tunggu jelah. =)

Friday, April 29, 2011

nak laptop sebijik !!!

pagi tadi selesai sudah aktiviti pindah randah, check out kolej. sedih woo, tapi sekejap jelah rasanya. hehehe. sekarang bermastautin sebentar di shah alam. tapi hati ni meronta ronta dok rindu kampung halaman. nak balik rumah, walaupun baru minggu lepas balik. nikmatnya bila duduk di rumah, dapat bermanja dengan mi, kalau kat sini nak bermanja dengan siapa kan. hehehe. tapi bila sudah di rumah internet pulak yang tak der. hmmmmm...


lagi 1 perkara yang tak best, bila teringatkan laptop. sekarang tengah guna laptop abang ipar yang sudi bagi pinjam sekejap. owh, my laptop sudah hampir putus nyawa, nyawa nyawa ikan yang tinggal sebelum ni mungkin akan ditamatkan. tapi laptop yang abang ipar bagi pinjam ni pun sudah kena pulangkan. sedihnya rasa bila dah tiada laptop. mesti korang pun macam aku kan, tak boleh kalau 1 hari tak menghadap laptop, terutamanya yang kaki muka buku, blogger tegar pulak mesti tak lengkap jer 1 hari kalau tak menghupdate belog kan.kan.kan. meh, siapa siapa yang baik hati sposorkan laptop + berodbands dekat i. +++ sayang dekat orang yang baik hati tuh, yang masalahnya sekarang ada ker orang baikhatiduitbanyak? emmm...


nak beli laptop baru duit lagi. aiyah, pokailah i macam ni. berangan nak ada laptop ni sebijik, ala macam gambar kat bawah ni --->


ha, nak yang macam ni. pepel. cute kan. !!! ahaks
ehsan ::: pakcik google yang baik hati =)


bila boleh dapat pun tak tahulah. dalam mimpi jelah ashiya oi. so sad ;(




khas untuk kamu kamu kamu kamulah



selamat pagi !!! hai korang. =)


1st, kepada yang akan ada exam hari ini aku ucapkan selamat menduduki exam dengan jayanya. mungkin korang sudah xsabar nak habiskan kan. ala, sikit masa jer lagi pada yang exam pagi tapi kalau yang ada exam petang lambat sikitlah nak tunggu baru boleh sebut word MERDEKA !!! ala, aku dulu pun ada juga cakap word tu lepas habis paper last 19hb lepas. tapi exam jelah merdeka, asgment memang mati xhengat. serius cakap tersangat penat dengan asgment yang berlambak lambak terutama yang dapat last minute. to my sis, zati. selamat menduduki paper 1st hari ini ya. akak doakan yang terbaik untuk adik.. ;)



hari ini, check out keluar dari kolej dengan cik violet. waaaa, sedih wooo. maybe ni last sem aku duduk di kolej. sem depan duduk rumah lah pulak. 4 tahun rasa sekejap jer terutama yang satahun after sambung ni. tup tup tinggal nak siapkan tesis . barang barang sudah siap kemas, tunggu sikit masa lagi nak angkut masuk kereta. tapi kat luar sekarang tengah hujan, dari pagi tadi lagi hujannya. seperti meratapi aku yang mahu pulang sekejap lagi. hahahahaha. uweksss



kepada seorang rakan, maaf sangat. aku tahu kala ini mood kamu entah di mana. mungkin terbang di awanan biru, di lautan mungkin. terasa seperti kehilangan pun ada juga bila kamu xok macam ni. sungguh, aku xtipu ni. silalah percaya !! =) cepat cepatlah ok kembali, sangat rindu kepada kamu yang seorang ceria and happy go lucky walaupun sekejap jer masa kenalan antara kita kan. sukar untuk aku gambarkan diri aku yang macam mana. senang cerita aku ni ada masa cakap lain buat lain. kalau sudah suka terus sayang. hahaha.. sila gelak sama !!!



aku pun xtahu sangat apa motif, objektif, matlamat entry ni. entah, tangan saja gatal gedik nak menaip kot. kepada yang baca, maaflah kerana masa korang terbuang macam tu aja bila stuck kat sini kan. hehehe

Thursday, April 28, 2011

menghulur sambil mengharapkan ada yang sudi menerima



pejam celik pejam celik sekejap jer masa berlalu. esok dan esok, 2 hari sebelum habisnya sem II ni. esok masih ada bengkel analisis statistik yang kena pergi. namanya saja sudah habis exam, tapi xder maknanya lah nak bersenang-senang. yup, serius cakap dari 19hb sampailah saat ni masih ada kerja-kerja yang harus diselesaikan.



paling haru yang ku rasakan saat berjaga sampai ke pagi, untuk siapkan tugasan.dari petang, sambung malam, continue ke pagi, balik kolej mandi, siap2 get ready untuk presentation. kepala waktu itu xpayah cakap, berat, pening, berdenyut, senang cerita memang cukup rempah ratus untuk tidur xbangun walau gempa bumi pun. kenangan yang xkan dapat dilupakan untuk menyiapkan 5 report dalam masa seminggu, thanx kepada rakan2 sekuliah yang bersama2 waktu susah dan senang. sayanggggg korunk !!!



namun, paling terkesan bila kena 'sound' oleh seorang ahli dalam group ku. mungkin salahku yang seakan terlalu memaksa, namun tiada niat dihati nak menyakitkan hati sesiapa. setiap orang sedang mengalami ketentionan waktu itu, so mungkin kata2 aku agak keterlaluan. aku bukanlah seorang yang pandai berwadah pujangga memujuk rayu, namun jika ucapan maafku masih tiada balasan darimu ku mengerti. besar sangat salahku. siapalah kita bila sudah memberi tapi tiada yang sudi menerima. 



walau apa, jika ada salah dan silapku selama perkenalan kita dalam 'geng Koteka',aku mohon keamaafan dari korunk, dan aku pun dan maafkan korunk juga. kita bukan sempurna. aku doakan yang terbaik untuk kita semua terutama exam kita yang lepas dan proposal yang bakal menjelang... ;)


p/s ::: tiada kata secantik bahasa; namun kerana lidah badan binasa. segala kelemahan hanyalah datang dariku, dan kemaafan adalah sebaik2 penawar.

Friday, April 22, 2011

jom pulang ke kampung

ok, sekarang dalam mood pulang ke kampung. petang tadi baru jer usha tiket bas, so pagi besok akan berangkatlah pulang. hoyeeeee, tersangat tidak sabar rasanya.. rindu tersangat sudahhhh..



ok, jumpa minggu hadapan kepada rakan-rakan dunia ashiya =)






kepada rakan2 yang bakal exam minggu hadapan, good luck..gambattee ne..

Thursday, April 21, 2011

mereka masih giat study, aku pulak??



tak pernah-pernah dok di library hampir 1 hari maghadap laptop ... ala, bukan wat apa pun, tapi menyiapkan kerja. maklumlah esok cadangnya nak balik kg.. hoyeeee, dapat balik kg terchenta.. =)


sepagi +hampir sepetang kat sini, mereka-mereka yang setia di sini masih sibuk study untuk exam. wah, sungguh kusyuk mereka itu, ada yang seorang diri, berdua-duaan, bertiga-tigaan dan ramailah. tak kurang jugak pakcik2 makcik2 kakak2 abang2 master phd yang dok menyiapkan tesis2 mereka. kagum sangat2 dengan mereka2 itu.. =)


ok, kembali menyiapkan apa2 yang patut. esok nak balik. ada siapa2 mahu ikut kah?? jum2, jumpa di hentian kajang pukul 9 pagi ok... kita tumpang pakcik sani balik ganu... =) lalalaalala~~~~



p/s---> kalau ada budak yang jelesh coz saya balik dulu, dont jelesh2 ok..kita jumpa di kg aja.. =)

Tuesday, April 19, 2011

exam dah habis tapi kepala still ting tong

gok, dengan ini secara rasmi diumumkan exam untuk sem II sesi 2010/2011 dah HABIS !!!!


hoyeeeee !!! sila tepuk tangan... =)


rasa nak berehat kat tepi pantai macam pic atas ni.. rindu kampung dah !!!

sumber ::: pakcik google lah.. hehehe




exam last ni paling yang sempoi aku rasa. dah lah exam tuh masanya 2 jam aje, tapi boleh lagi dok termenung + tidur ..waaaaa, dah lame meninggalkan saat2 itu.. exam metod, lain yang baca lain yang keluar. padan dengan muka siapa suruh study last minit kan. nasib badanlah.. apa2 pun, lepas ni dah tak payah nak fikir2 pasal exam dah. shuke2 =)



kepada report2 yang menanti, malam nanti kita buat sesi suai kenal ea.. =)



saat ni, kepala berdenyut, mungkin sebab kena hujan masa ke pasar malam tadi... nak berehat??? hahaha, berehatlah sangat kan..

Monday, April 18, 2011

RUBY DRESS GIVEAWAY


dapat tag daripada cik Violet sebuk suruh join GA ni. ok, i sudah join ni, shuke x?? hehehehe 


alang2 sudah sekian lama tak join GA, so joinlah GA ni sesudah kena tag kan. GA anjuran cik RUBY. dulu pun pernah jugak join GA anjuran cik ruby tapi takde rezeki untuk menang. cuba lagilah.. =)

untuk tahu lebih lanjut GA ni, korang KLIK SINI... ;p

orang yang bertuah menjadi pilihan untuk di TAG adalah ------> cik Nusha yg chomel belogY.. =)

ada apa pada umur

ayat untuk menyedapkan hati sendiri :::



"umur hanyalah angka...yang penting jiwa maintain muda.."




ditujukan khas kepada cik mish lollypurp...hehehe =)

saya budak rajin !!!!

ok, sila bace tajuk entry ni kuat2 dan ulang lapanbelas kali yer.. terima kasih kerana mendoakan diri sendiri jadi rajin.. =)



cik ashiya, sila study. sila rajinkan diri... ha macam pic bawah ni, budak2 rajin jer study awatlah hang maley bebenor ashiya... insaflah..




dengan semangat kental budak ni pegang buku besau 2 yer.. bagus !!!

sumber pic :: ehsan pakcik google ... ngeee



esok ada last paper, gambatteeee.... memerlukan jiwa rage yang bersemangat waja sekarang ini. doakan saya semua..

FACEBLOG bukan muka buku yer... =)


baru jer join komuniti faceblog ni. saje shuke2, bukan susah pun kn, tekan2 jerk da siap. hehehe


apa itu faceblog??


senang cakap, faceblog ni tujuannya untuk kumpul dan bina satu komuniti blogger khususnya di seluruh Malaysia & dunia amnya.


nak tahu lebey lanjut, korang klik jer kat banner sebelah atas tuh ok.. selamat join yer !!!


=)

mood kawan2 yang tak menentu diri sendiri turut terjebak

semenjak dua menjak, tiga menjak, mood kawan2 xberapa nak menentu. mungkin exam salah satu faktor, tambah2 lagi dengan asgment yang berlambak tunggu nak kena siapkan. alah, bukan kawan2 jerk, yang dok cakap ni pun sama jugak, cepat jer naik hangin kalau ada yang xkena, mangsanya? tak lain tak bukan, roomate sendiri. hahaha, giler jahat kan, kesian kat 'myrumet'... nasib badanlah, emosi  i tak cukup kental lah u..=)


antara perasaan sayang dengan kestabilan emosi, yang mana korunk akan lebih pentingkan? seorang kawan rapatku sedang mengalami dilema ini, aku sendiri tak tahu how nak cakap coz aku tak mengalaminya. tapi, satulah, jika u baca post ni, i harap u buat pertimbangan yang wajar, jangan disebabkan sayang, emosi u terganggu. tak best bila tengok muka monyok u taw =) hehehe... geng 'wonderahhh' hilang serinya nanti..hahaha...


ok, masih ada satu exam yang menanti, subjek metodologi. tak sabar nak habiskan exam ni cepat2 (walaupun masih tak ngadap baca note lagi..aiseh, tak sedar lagi..) wahai 8 asgment, tunggulah akan tiba masa kome dibereskan satu persatu. checklist akan disediakan, coz masa untuk pulang ke kampung semakin tiba. so, kenalah cepat2 siapkan. dah lama kot tak balik, paling lama tak jenguk kampung rindu dah. membuak2 rindu taw nak jenguk family + kucing2 + ......


dalam mood exam + asgment = keadaan diri tak normal,penting untuk saat berjimba2. so, beberapa hari lepas sempat lagi menjengah KL sampai ke malam. hilang tension dengan shoping sakan. pergh, shoping tak hengat padahal duit bukannya ada pun. arghhh...ngeri bila pikir balik duit habis beli barang2 tuh. kena sambung sesi diet lagilah nampaknya (diet ker???..)



 nampak ker muke kami2 ni?? xkesahlah janji ada semua, yer idak?..hehehe




kebetulan kat Mid, ada career fair 2011, so sempat jugaklah usha. tak banyak peluang kerja utk kami budak env. mngment, sadis kan.. tp muke maintain senyum jerk..hehehe




dah penat pusing2 kat dlm Mid tuh, ape lagi sesi melantak lah plak. destinasi, damansara. sempat snap pic air jer makanan xsempat coz semua dah kebuluran tahap gaban, dapat jer chicken chop terus bedal.. =)




lepak kat dataran merdekan b4 balik, so snap pic lah kerojenya..hehehe



berjimba2 da habis,fokus utk perkara lain pulak.



doakan aku diberi kekuatan mental dan fizikal yang mantap yer utk siapkan semuanya.. sgt2 hargai sokongan kalian.. =)



layan lagu SUPER JUNIOR, no other. memangbeshlaguni. sangatshuke =)

Friday, April 15, 2011

Saya KEMBALI !!! =)

wah, setelah sekian lama sang labah-labah dengan sarangnya~~~


busy betul lah sem baru ni
bila ke penghujung semakin sesak
dengan tugasan yang semakin meninggi
tidak pula surutnya
penat tidak terkira
walau exam mula meminggir tatkala tiga sudah diselesaikan tinggal lagi satu
pengakhiran sem II bakal menjelang sedikit masa lagi.


mungkinkah sang labah-labah akan terus bersarang?

katakan TIDAK!!!!! hehehe...



----> maaf kepada yang sudi menunggu dunia ashiya kembali mengupdate, maaf sesangat dari lubuk hati ke lubang jantung yer... =) seminggu yang memenatkan, so mahu berjimba-jimba bersama kawan2 seketika sebelum kembali dengan dunia tugasan ++ exam lagi.. ok, c u next time ya !!! 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails