Monday, November 08, 2010

sebelum cuti --> pesanan untuk blogger sekalian =)


pagi esok pulang bercuti
naik bas pakcik sani
teruja rasa dalam hati
oklah blogger lain kali jumpa lagi


--> wahai rakan blogger yang kacak bergaya,
hitam manis cun pon ada,
singgah singgah lah di blog dunia ashiya,
jangan segan segan menjadi follower saya

MATRIKULASI :: indahnya zaman Matrik


-logo KMNS-

sejenak aku mengusha khazanah lama di dalam laptopku. satu folder gambar aku buka, belek satu persatu gambar. jariku terhenti di folder 'mtrx'. aku rindu pada zaman itu. kenangan bersama teman-teman dari pelbagai negeri. itulah kali pertama aku berhijrah keluar dari negeri kelahiranku. selepas SPM, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) menjadi persinggahan untukku menuntut ilmu. kali pertama menjejak kaki ke N.9 untuk tempoh bukan sehari dua, tapi setahun. aku yang merupakan anak mi+pok= korang paham2 lah apa maknanya..hihi pertama kali merasakan berjauhan daripada keluarga. --> sukar juga pada mulanya nak embiasakan diri, tapi dengan adanya kawan-kawanku yang lain, tak de lah aku menjadi seorang yang cengeng. hihi..

kawan Praktikum --> F2P4.
sewaktu kami bersama budak kuliah yang lain melawat Pusat Sains Negara (PSN), hihi.

sedapnya aiskrim cap F tu, ada sesiapa yang sudi belanja tak?

ini pula semasa Majlis Makan Malam untuk F2 & H6. haha. best, semua 'bekerja' untuk jayakan majlis ini untuk subjek protokol, eh betul tak erk? lupa lak. hihi..

tiga dara rebutan..lalala..rindu kamu berdua --> shagy & syer. mereka berdua teman rapatku, banyak gelagat kami. pernah tengah2 kelas kami keluar ke kafe, cari makanan, hihi. paling tidak dapat aku lupa. shagy yang otai & syer yang .... lalala~~lama tidak ketemu, kerinduan deh. hihi

memang banyak kenangan yang tercipta waktu itu. tidak dapat ku lupakan. bilalah agaknya kita dapat berjumpa lagi yer. janji mahu ketemu selepas 5 tahun kan? adakah?

akhirnya :: tugasan selesai

wah, satu kelegaan yang jelas terasa di saat ini. tatkala semua tugasan sudah siap dikarang. haha, begitu seronok aku mengarang tiap-tiap baris. tapi, seronok ker?..haha, aku konfius !!

tapi tak mengapa, janji siap. dan pagi esok (sekejap jer lagi lah ashiya..!!) boleh lah hantar.

tak gitu cik Violet? yehhaaaa...

::SKPS 6043 PENGAWALAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR ::
:: SKPS 6013 ETIKA ALAM SEKITAR ::


--> tunggu saat untuk pulang ke kampung sahaja sekarang. sudah tiada kesabaran di hati. hihi

[update]--> bola :: BOLA :: bola

time makan kat kedai tadi sempat usha match bola sekejap. perlawanan yang hangat antara Chelsea vs Liverpool.. wah semakin ramai yang datang ke kedai tu, untuk tengok bola lah katakan.

keputusan semasa :: half time

Chelsea (0) vs Liverpool (2)

hahaha--> gelak jahat habis, tak ingat..lalalala~~ sorry 4 fans Chelsea...

walaupun aku bukan penyokong Liverpool, tapi suka jugak bila tengok Liverpool bangkit. mungkinkah tiga kemenangan berturut akan dicapai oleh Liverpool pagi ini? sama-sama kita nantikan. lalala~~ tapi masih ada masa untuk Chelsea bangkit, macam tak penah terjadi jer sebelum ni. bola tu kan bulat. selagi ref tak tiup wisel penamat..


update ==> final result Chelsea (0) vs Liverpool (2)
tahniah the reds..

--> semalam fav. team dah menang..lalalala~~~

Sunday, November 07, 2010

1st GA kasut tumit tinggi

lalala..masuk contest lagi. suka suki. hihi. kali ni dari blog leenasaffee peminat kasut tumit tinggi, aku agak. betul tak? hihi. contest yang beliau namakan kusit tumit tinggi 1st giveaway.


kalian berminat? singgah saja di blog beliau dengan klik di SINI.

cik VIOLET anda di Tag untuk masuk contest ini. sila ok.
mencuba nasib lagi. tidak salah bukan. hihi

semangat berblogging :: datang bergolek-golek..lalala~~

blogku ini sudah hampir berusia setahun rupanya. tinggal sebulan lagi, maka genaplah umur dunia ashiya ini. hihi. motif aku buat blog? terpengaruh dengan seorang rakan sebenarnya. cik violet tuan punya blog coretan hati sekarang blog semacam diari untukku. hihi

sejak dua menjak ni, semangat berblongging membuak. seperti letusan Gunung Merapi agaknya. isk, sungguh tidak logik perumpaan ini. bukan terlalu mengejar aliran trafik dan follower yang ramai, tapi bila melihat ada yang sudi menyinggah dan baca entry yang ku post. terharu. rasa semangat. korang pun mesti terasa macam itu jugak kan. tak banyak skit pun mesti ada. sehari dua ni, boleh dikatakan ramai jugalah yang sudi ziarah meningkatkan trafik dan bilangan follower yang bertambah seorang demi seorang. --> sebenarnya bilangannya adalah tidak seberapa, tapi aku ingin berkongsi jugak akan gembira ini <--

tengs sangat-sangat dekat korang yang sudi singgah dan tidak juga lupa juga kepada yang sudi menjadi follower blog picisan ini. walaupun bilangannya sedikit, tapi sudah cukup bermakna untukku sebagai blogger baru. tengs kepada blogger BEN ASHAARI yang sudi mentionkan namaku di salah satu entry beliau sehingga ramai blogger yang singgah di sini datang daripada entry itu.



--> jemputlah datang ke dunia ashiya lagi. jangan malu jangan segan. sama-sama kita berkongsi sesuatu di sini..menunggu gerangan follower yang ke-100..siapalah agaknya orang itu.. lalala <--

Saturday, November 06, 2010

solat :: perhatikan sejadah kita

Terbaca satu entry yang menarik di blog pena nurani mengenai Sejadah. Sejadah yang kita gunakan sebagai alas untuk solat. banyak cara yang dilakukan oleh golongan kafir untuk menyesatkan kita. Istilah kita sesat dalam keadaan beriman, tuan punya blog ni gunakan mengenai hal ini.Walaupun hal ni kecil, tapi kita tak boleh sekadar memandang remeh. Soal Solat kita. Solat tiang Agama. itu yang harus kita jaga.

Untuk tahu lebih lanjut pe kata korang usha blog dia. Sama-sama dapat info.

tajuk entry beliau --> perhatikan sejadah kita

di kala malam bulan tak beberapa mengambang :: keterujaan balik kampung

sunyinya malam ini. MySpace mungkin telah ramai jiran-jiran serta penghuni yang lain pulang ke rumah. maklumlah dorang sampai 8hb tiada exam. lama kan cuti yang diberi. sebagai peluang untuk pelajar yang meraikan perayaan Deepavali beraya lama sikit. betul tak? adillah tu, time kita raya dulu pun cuti seminggu kan. so, fair ok.

tapi, aku masih di sini. menunggu saat untuk pulang. jika tiada take home exam ni, agaknya sudah lama aku berangkat. hihi.. sebenarnya alasan semata-mata. siapa suruh asyik tangguh menangguh kerja tu..kalo tak, malam 4hb lagi aku sudah cabut. sekarang kenalah tunggu hari isnin, untuk hantar tugasan serta take home exam tu. tunggu nak mengedit mana-mana part yang patut then print.

petang tadi baru pergi beli tiket bas. destinati yang dituju --> Kerteh, Terengganu. teruja sangat nak balik ni, MySpace maklumlah sudah hampir 2 bulan tidak pulang -mesti ada yang bercakap, baru 2 bulan sudah kecoh- bagi aku anak mi+pok ni, 2 bulan tu sudah cukup lama. hihi. Terengganu sekarang sudah mulai hujan, menurut Mi, petang tadi pukul 5, kampungku dilanda angin kuat -ribut-.. nasib tiada perkara buruk yang berlaku. walau hujan, yang penting kita berada di rumah sendiri. itu yang penting. kan.


adakah kampungku akan banjir seperti tahun lepas?

lagi satu nak jumpa sepupu, 2 pupu yang comel2 ni. rindu kat dorang.

ni wada - si garang- hihi

lagu Balik Kampung, Nyanyian Arwah Sudirman. semakin dekat, semakin kuat lagu ini terpasang.MySpace hihi


tapi, dalam aku teruja untuk pulang hatiku dilanda kerisauan. akan berita kemalangan yang membabitkan bas ekpress. sungguh aku risau.

tetamu yang tidak dan memang tak kan diundang

tetamu, orang yang datang berkunjung ke rumah kita. tidak kira masa, siapa yang datang, berapa ramai, tapi kita tetap melayan mereka atau dia sebaiknya. adatlah kan. berikut adalah beberapa adab dalam melayan tetamu yang berkunjung :

1. memberi layanan yang baik
2. bersifat ikslah dan berlapang dada
3. menunjukkan muka yang manis
4. menyediakan jamuan mengikut kemampuan
5. menyediakan kemudahan yang baik

tetapi, apa reaksi korang bila tetamu yang tak diudang berkunjung? apa tindakan korang? tetamu yang aku maksudkan merujuk kepada ini -->
:
:
:
:
:
:
:
:

Terkejut buaya di depan pintu rumah

'tetamu' ini sedang melepak di hadapan sebuah rumah di Florida, AS

FLORIDA - Seorang wanita, Belinda Donaldson terkejut apabila seekor buaya berukuran 3.35 meter 'lepak' di hadapan pintu rumahnya di Westchase, Hillsborough County, di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kehadiran buaya itu pada mulanya disedari beberapa jiran wanita tersebut yang kemudian bertindak menelefonnya.

Bagaimanapun, Belinda tidak mempercayai kata-kata jirannya itu tetapi tergamam selepas melihat kelibat buaya tersebut melalui tingkap rumahnya.

Dia yang ketakutan menghubungi pasukan penyelamat hidupan liar untuk mendapatkan bantuan selepas buaya terbabit enggan berganjak.

Seorang saksi berkata, pasukan penyelamat hidupan liar mengambil masa satu jam untuk menangkap buaya tersebut sebelum membawa haiwan itu dengan menggunakan sebuah trak ke habitat asalnya.

Kemunculan buaya di kawasan awam itu kerap berlaku terutama pada musim panas. - Agensi

:
:
:
:
:
:

so, apa korang akan lakukan? tidak terfikir oleh akal dikunjungi oleh buaya kan. tapi perkara ini boleh terjadi, gambar di atas buktinya.


Lisa Surihani :: modern primadona??..


--si chantek manis--

berBW di pagi hari sehingga terjumpa website Lisa Surihani yang dipost oleh seorang blogger. tapi lupa plak sapa gerangan blogger itu. maaf ya.

apa kaitan tajuk entry itu ya. kalau korang nak tahu, silalah layari website Lisa tu and akan ada satu soalan cam ni :

--> Lisa Surihani Modern Primadonna


so, ikut korang nak setuju or tak. hihi

website Lisa Surihani --> http://www.lisasurihani.my

Friday, November 05, 2010

terkejut :: sampai tak tahu nak cakap apa

asyik berblogging, sehinggalah aku terjumpa satu entry di salah satu blog, yang aku lupa blognya. sorry sangat kepada tuan punya blog berkenaan, da mencari sejak tadi tapi da tak jumpa. ampun ya.

baru ku tahu, rupanya wujud satu blog ni. korang nk tahu blog apa? blog untuk golongan pengkid. korang boleh klik di SINI if tak atau kurang percaya. Astaghfirullah.

terkejut. sampai terdiam. myrumet also. tak tahu nak cakap apa berkenaan hal ini. korang tengok dan nilai lah sendiri.

kedai makan : sup urat ketin (UK)


selesai sudah menjamu selera bersam 2 orang temanku, cik violet dan cik ni'ah. masing-masing kelaparan tahap gaban masa mula-mula sampai kedai makan. kalau boleh, mahu makanan yang di oder tu terus dapat je. Tapi adatlah kan, orang yang oder sebelum pun belum dapat lagi, apatah kami yang baru sampai.

tempat makan yang dituju --> Kedai Sup Urat Ketin (UK) yang terletak di Sek.7, Bangi. rasanya ni lah kali pertama, jalan-jalan cari makan sampai ke sek.7..hihi. agak jauh jugalah dari UKM 2. tapi demi mencari kelainan ( lain ke?) sanggup merempit sampai ke sek.7...hihi

menu makan malam hari ni --> sup tulang, nasi putih, ayam masak pedas + milo ais tabur. pergh, memang full perut. kenyang sangat. Alhamdulillah.

korang yang berada dekat area Bangi or Kajang, bolehlah singgah di Kedai Sup UK ni, terjamin sup2 di kedai ni sedap. hihi. kalau tak sedap, korang pergi cari kedai lain k. haha..

waktu makan :: misi mencari tempat makan


sudah seharian rupanya kau tidak melangkah keluar bilik. asyik berblogging sampai tidak sedar akan masa yang sudah menjengah ke waktu Maghrib. makan minum, ala kadar je, mana yang sempat capai, akan ku makan. haha. sadis betul anak diri ini. orang cakap --> memang tak menepati ciri-ciri sebagai isteri kalau macam ni <--- betul ker?? sila jawab wahai teruna di luar sana. ahaks. hihi.

lapar.
baru tahu erti lapar bila matahari sudah terbenam di ufuk barat. satu masalah bagi aku apabila memikirkan tempat untuk makan. kedai mana yang harus ku kunjungi? mana? korang ada idea tak kedai mana yang best area UKM, Bangi. kalau ada yang sudi, sila bagitahu ok? mungkin malam ini, akan ku jejaki kedai makan di area Sek.7, Bangi. mana tahu terjumpa kedai yang menarik untuk singgah & menjamu.


-sekadar hiasan-

oklah, perlu bersiap, myrumet sudah memandang menjeling itu. --> hint untuk aku harus bergerak daripada mengadap laptop lah tu, macam tidak ku tahu tapi saja buat-buat tidak mengerti..ahaks <---


mahu makan yang best-best. menunggu saat pulang ke kg. nak makan laksa, ketam masak merah. kenalah merengak kat Mi bila pulang nanti.. hahaha

sang camar :: bawalah daku terbang tinggi

~DIA lebih tahu apa yang direncakan kepada kita. apa yang tersurat tidak seperti yang tersirat, cuma kita kadang tidak cuba untuk mengerti apa sebenarnya yang terjadi.~



kadang-kadang kita mengajar untuk diri lebih bersikap terbuka, lebih bersikap memahami. tapi kita sering alpa, kadang diri kita tidak mampu untuk bertindak seiring kata akal. hati tidak senada dengan langkah akal. kenapa? langkahku pincang, sumbang. kakiku tidak terdaya untuk terusan melangkah. inginku terbang bebas ke awan, perasaan damai gamitlah hatiku ke sana. pimpinlah daku wahai sang camar.
~bila rasa rindu mula menjengah diri, aku menjadi lemah. tidak berdaya. jika dia memilih untuk menjauh kenapa harus aku mendekat?. hati, tenanglah. usah dikenang lagi kenangan lalu. nyahkan saja memori itu jika rasa sakit yang menghimpit. nyahhhh..~


~biarkan aku mencapai secebis kegembiraan~

ibuayahdamia vacation with kids Giveaway

contest berikutnya adalah seperti tajuk entry di atas. anjuran blog damia aleesya & damia ayyunie.



Contest bermula 1/11/2010 dan Tamat pada 7/11/2010 (11:59PM)

2 org yang bertuah akan dipilih melalui cabutan bertuah..
Pemenang cabutan bertuah akan mendapat hadiah dari tempat bercuti...
Dan yang penting tempat percutian bukanlah di dalam malaysia..

Senangkan? So apa tunggu lagi..

Jom join!

-ayat copy daripada tuan tanah penganjur contest..hihi-

1st GA dr NUSHA



lepas puas berblogging, jalan sana sini. sesi masuk contest plak. haha. masuk je, tak kena bayar pun. hihi. contest yang ke-4 kot aku join seperti tajuk entry aku, 1st GA dr NUSHA..huhu.. cik violet yang sebuk suruh masuk ini contest, sebagai isi masa yang terlebih lapang katanya. hihi..

gambar monyet kat atas tu adalah sebahagian daripada syarat-syarat untuk join ini contest. mahu tahu syarat-syarat lain??.. klik saja di SINI.

tarikh tutup contest :: 8 NOVEMBER 2010 :: masih ada waktu untuk join.

hadiahnya??

1. topup RM30 & special gift daripada Nusha
2. topup RM10 & special gift daripada Nusha

dan 5x special gift kepada yang bertuah !!!


mereka yang di TAG adalah seperti berikut ::
1. cik eewana
2. cik izzati

-anda bedua jika mempunyai kelapangan silalah join ini contest, ok??-


aktiviti selepas last exam tamat :: penangan blog.arif

tepat jam 12.45 tengah hari -4 November 2010- tamatlah sudah sesi examku untuk sem 1 ini..biasalah kan, lepas habis exam, akan adalah mood 'berjomba-jimba' bersama teman-temanku yang lain.mulanya, kami -merujuk kepada, diri aku sendiri, violet, caah, li'ah, ni'ah, lanzaro dan juga azran- pergi menjamu selera di Redup Rimba..menu makanan+minuman adalah = CENDOL + LAKSA..memang kaw bila dapat makan laksa yang panas ditambah dengan kesejukan cendol yang lazat..gabungan citarasa yang perfecto..hihi..

lepas selesai makan, aktiviti seterusnya -----> bowling tyme. kali ini hanya kami berempat -aku sendiri, violet, caah dan juga li'ah- yang 'sudi' menjengah pusat bowling di Metro Point, Kajang. sesi merempit ala-ala ayu lah kami berempat..puas jugaklah dapat menghayung tangan melontar 'peluru' tu menjengah ke pin-pin..tapi, aksi tragis apabila, dapat melakukan aksi strike ke Longkang...haha..memang terbaik..superb!!

aktiviti malam pula, berblogging sambil bermuka buku..huhu..sekarang dalam usaha untuk mengkhatam satu blog ni, dulu tidak berkesempatan untuk mengusha..so, pe lagi sekarang, ada masa lebih berblog jelah. blog.ariff milik seorang jejaka bernama ariff shah - tak kenal pun siapa gerangannya.


-blog.ariff-

pelajar yang sedang belajar di Moscow- sekurang-kurangnya selepas membaca sedikit sebanyak blog beliau, dapat jugaklah info tentang Russia and Moscow ni. tak banyak, dapat tahu sikit0sikit pun jadilah..huhu.. usaha membaca karangan beliau akan diteruskan dari semasa ke semasa. -suka entry ni, Melamar si Gadis : bersediakah kita & saya sayang awak lebih. sweet sangat, betul-betul suka =)) ..tenkiu blog.ariff..



---> tak sabar mahu pulang ke kampung halaman di Kerteh. sudah mula merindu pada dia dan dia juga serta mereka-mereka. mi, pok & kucing-kucing kesayanganku, tunggu kepulangan ku nanti ya.

Wednesday, November 03, 2010

~Follower Bertuah GiveAway~



contest ke-3 yang aku join..berturut-turut..bila mood sudah ke alam contenst mengcontestlah katakan..haha..tak salah untuk mencuba kan..hihi


korang boleh klik di sini untuk tahu lebih lanjut...

3 orang yang di TAG:
1. cik violet
2. cik eewana
3. cik izzati


nak tahu, ashiya bertuah atau tak, kenalah tunggu keputusan drpd tuan punya blog my soul, my life, my journey ... hadiah??..misteri, kenalah tunggu...huhu..


CONTEST :: 'Nina's Collections Giveaway'



ini adalah contest ke-2 yang aku cuba try naseb untuk join...hihi..tenkiu kepada yang mengTAG..cik violet a.k.a tuan punya blog coretan hati..contest yang simple, dan terbuka untuk sesiapa..huhu..



SYARAT PENYERTAAN adalah seperti berikut :--


1. follow blog nina's collections dan loveninasyakina

2. copy Banner di atas, paste Banner dan Link entry ini di side bar dan entry di blog anda

3. buat satu entry tentang NINA'S COLLECTIONS GIVEAWAY ini di blog anda,
buat entry pasal GA sahaja yekk... tak perlu susah2... huhu

4. tinggalkan comment, nama, email dan link entry anda pada comment giveaway ini

5. Tag kepada 3 orang rakan Bloggers yang lain (perlu dinyatakan dalam entry)
- cik eewana
- cik silvy
-cik Fairuzwalifah
(sila join...diwajibkan kepada anda bertiga..hihi)


mesti korang nak tahu hadiahnya kan??..hihi..sebenarnya, aku pun xsure apa, tapi, if hadiah itu adalah cap F a.k.a FREE konpem berharga kan..hihi


TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 1 Disember 2010

CONTEST :: Give Away-Lucky Draw




xsemene2 aku pun turut join contest anjuran Blog Lily & Auz Homemade Chocolate selepas terbaca entry pasal contenst ni kat blog violet..

-syarat2 contest yang simple-
-kalau korang berminat nak join, boleh klik di link di atas..-
-jom kite meriahkan contest ni..-
-suka suki cuba nasib..-
-huhu..-


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails